Khamis, 27 Disember 2018

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3)
CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Komunikasi merupakan satu proses penyampaian yang dilakukan dari individu atau kumpulan ke individu atau kumpulan yang lain dimana dalam konteks komunikasi ini menjurus kepada perkara untuk memberitahu, mengemukakan pendapat dan mengubah tingkah laku individu berkenanan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung ( Lydia harlina martono & satya joewana 2008). Hal ini kerana, komunikasi sangat penting  dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, komunikasi juga dapat dikaitkan dengan falsafah komunikasi dengan pertuturan kata yang bijaksana  yang berupaya untuk mengambarkan komunikasi itu sendiri.

 Menurut Fletcher (1966), menyatakan bahawa etika adalah salah satu daripada falsafah membantu untuk membentuk dan menentukan ciri-ciri perlakuan yang betul dan bidang amalan yang dipilih adalah perhubungan  awam.  Oleh hal yang demikian, perhubungan awam ditakrfikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan dan dirancang iaitu sesebuah organsasi akan mencari jalan untuk mendapatkan dan mengelakkan persefahaman, simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Pencorakkan etika dalam bidang perhubungan awam ini adalah dengan kemahiran professional dapat dilihat dari segi tahap dan potensi professionlisme yang tinggi dalam pelaksanaan tugas komunikasi secara berterusan, serta mempunyai tahap ilmu dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

Tambahan lagi,  penampilan imej menjadi salah satu daripada cara untuk mencorakkan komunikasi itu sendiri, dimana dengan menjaga keterampilan imej dan sahsiah rupa diri sebagai penantara atau juru cakap yang lebih beretika. Corak yang ketiga, yang diguna pakai dalam bidang perhubungan awam ini dengan displin yang tinggi  dalam menjalankan tugas supaya profesion perhubungan sentiasa mendapat perhatian dan sajungan kumpulan sasaran.

Jelaslah disini bahawa corak komunikasi dalam bidang amalan yang dipilih iaitu perhubungan awam sangat penting bagi mengambarkan etika komunikasi perhubungan awam itu sendiri. Oleh itu, perhubungan awam harus menitik beratkan etika komunikasi ini dalam pekerjaan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...