Selasa, 25 Disember 2018

How to philosophize according to Socrates

https://www.youtube.com/watch?v=EB4MYGInRl4&fbclid=IwAR2PDxXu-ydBfti0kTcJ_LwWJk-bIZaIpWWIXtLJ6iXFvqw8jzWlbLdUKdM

Bincangkan ia?



Dalam video ini, kaedah Socratic dinamakan sempena ahli falsafah Yunani.  Socrates mengajar muridnya mengajukan pertanyaan selepas persoalan. Socratic juga berusaha mendedahkan percanggahan dalam pemikiran dan idea muridnya lalu memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk menyatakan kesimpulan yang kukuh dan dapat dipertahankan. Terdapat tiga langkah kaedah Socratic iaitu pertama definisi awal, kedua soalan yang membawa pengecualian dan ketiga difinisi awal dan ulang langkah tersebut sehingga menemui intipati. (Erwan Percy, 2018).

Berdasarkan video yang telah saya tonton, Kaedah Socratic ialah kaedah negatif penghapusan hipotesis (hypothesis elimination), di mana hipotesis-hipotesis yang lebih baik ditemui dengan cara mengenalpasti dan menyahkan hipotesis-hipotesis yang membawa kontradiksi (contradictions). Ia direkabentuk untuk memaksa seseorang memeriksa kepercayannya dan kesahihan kepercayaan tersebut.
Tiga langkah kaedah Socratic iaitu:-
1.    membentuk definisi
2.    soalan yang membawa pengecualian
3.    definisi baru
Kemudian ulang semula langkah 1 hingga 3 dengan definisi yang baru.  (Nazirah Lamjad, 2018).


Berdasarkan video tersebut, kaedah Socratic merupakan kaedah untuk mencari suatu kebenaran dan bukan perdebatan juga pembujukan. Dengan kata lain, kaedah Socratic membantu menjelaskan pemikiran kita mengenai beberapa isu. Ia mendedahkan pemikiran dan idea yang bercanggah kepada anak muridnya dan memberikan kesimpulan yang kuat untuk memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Tunjuk ajar itu adalah seperti menakrifkan segitiga bukan hanya bentuk, tetapi lebih daripada itu. Sekiranya kita gunakan untuk menerangkan definisi segitiga hanya bentuk dan terdiri daripada 3 sisi tidak cukup untuk menentukannya.
Oleh itu, 3 langkah kaedah Socratic yang digunakan di sini adalah:
1. Cari definisi awal. (secara fizikal seperti segi tiga adalah bentuk)
2. Soalan yang membawa pengecualian. (tanya lebih banyak soalan)
3. Definisi baru. (Ketahui definisi sebenar. (Rabiatul Adawiah Ramlee, 2018)


Socrates adalah merupakan ahli falsafah barat yang terkenal dengan pelbagai bidang yang telah di kuasainya. Berdasarkan video tersebut, kaedah Socrates adalah merupakan kaedah yang bertujuan untuk mencari kebenaran dan bukan untuk perdebatan semata-mata. Kaedahnya adalah untuk membantu menjelaskan pemikiran kita mengenai isu-isu yang timbul dengan cara berfikir yang lebih sistematik. Socrates mendedahkan terdapat tiga kaedah yang dapat membantu untuk mencari kebenaran tentang sesuatu masalah atau isu iaitu pertama mengkaji definisi awal tentang sesuatu perkara, kedua soalan yang membawa kepada pengecualian dan ketiga membina definisi baru. Dengan kaedah ini, ianya akan dapat membantu untuk merungkai sesuatu masalah yang di hadapi serta memperolehi kebenaran tentang isu dan masalah yang di kaji. (Mohd Danial Bin Dani, 2018)


Kaedah Socratic adalah cara untuk bekerja bersama untuk mengetahui kebenaran, bukan hanya untuk membahaskan atau mempertahankan isu tertentu. Menurut video di atas, Kaedah Socratic adalah cara berfikir yang melibatkan tiga langkah. Langkah pertama, adalah untuk memberikan definisi awal konsep. Langkah kedua adalah untuk membawa pengecualian kepada definisi yang dibentangkan dalam satu bentuk soalan dan langkah ketiga adalah untuk memberi definisi konsep yang lebih baik. Kuncinya ialah meneruskan tiga langkah ini. Di akhir langkah-langkah ini, kita dapat memperoleh pengetahuan. Kaedah Socratic membantu kita untuk memperjelaskan pemikiran kita tentang isu-isu tertentu. (Verone Sue Mangun, 2018)

Menurut kaedah Sokratis, terdapat 3 langkah dalam mencari kebenaran atau berfalsafah. Langkah pertama ialah dengan memberikan definisi umum atau definisi awal. langkah yang kedua ialah dapatkan persoalan berdasarkan definisi awal. Langkah yang ketiga ialah dengan membuat definisi baru dengan menggabungkan langkah satu dengan jawapan bagi langkah yang kedua. Untuk mendapatkan pengertian yang lebih sempurna, ulang langkah 1 hingga 3 dengan menggunakan definisi yang baru yang dihasilakn. (Goampre Bayoh, 2018)

Melalui video ini, kita tahu tentang konsep dan penggunaan Kaedah Socratic. Ini adalah cara untuk mencari kebenaran. Ia lebih banyak digunakan dalam pendidikan. Prinsip asas Kaedah Socratic adalah belajar tentang pemikiran kritis, pemikiran dan logik. Kaedah Socratic adalah bentuk pendidikan yang berbeza. Ia melibatkan dialog di mana kita perlu mempersoalkan hipotesis mereka. Ia adalah forum terbuka di mana pelajar dan guru boleh menggunakan medium ini untuk mendapatkan maklumat mengenainya. Perbualan jenis ini tidak semestinya menjawab semua persoalan, tetapi mencipta soalan baru untuk dibincangkan. Walau bagaimanapun, penggunaan moden kaedah ini adalah untuk memahami topik yang lebih mendalam. Matlamat ini adalah untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan, bukan hanya untuk memenangi hujah atau menunjukkan keunggulan kita. Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (2018)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...