Khamis, 8 November 2018

What Is Philosophy? - Intro to the Philosophy of the Human Person - PHIL...


Menurut Erwan Percy (2018), Perkataan falsafah berasal daripada perkataan Bahasa Yunani iaitu philia dan Sophia yang membawa maksud philia cinta dan Sophia adalah kebijaksaan. Oleh itu, falsafah membawa maksud mencintai kebijaksaan. Menurut Plato falsafah ini adalah merupakan pengetahuan meliputi segala yang ada. Selain itu, adalah juga berpendapat bahawa falsafah ini membawa maksud cinta kepada ilmu pengetahuan. Oleh itu, falsafah ini merupakan ilmu yang perlu dicintai atau perlu diterokai.
Falsafah merupakan satu proses pembelajaran untuk memahami aktiviti berfikir manusia. Oleh hal demikian, falsafah juga dapat mendorong manusia agar berfikir secara kritik dan kritis. Dimana, dengan mencari dan membuktikan arah tujuan kebenaran dan pedoman dalam kehidupan. Pada kebiasaanya, perbuatan seseorang itu melambangkan bagaimana pemikirannya.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), falsafah yang terhasil daripada perkataan yunani iaitu philo dan sophia bermaksud love and wisdom. Daripada perkataan ini, kita dapat melihat bahawa individu yang berfalsafah amat menyukai berfikir secara mendalam. Falsafah ada berkaitan dengan pemikiran orang secara kritis. Falsafah membawa kepada perasaan ingin tahu sehingga menyebabkan seorang individu tersebut tidak berhenti berfikir untuk mencari sebuah jawapan kepada satu persoalan. Falsafah terdiri daripada 4 cabang iaitu logik, metafizik, epistimologi dan ethic. Metafizik merupakan kajian yang berada di luar fizik sebagai contoh ketuhanan dan jiwa. selain daripada itu, logik adalah mencari suatu sebab buruk mengenai sesuatu perkara manakala etika adalah sebuah teori mengenai tindakan yang baik dan epistimologi suatu jalan melalui persoalan yang membawa kepada pencarian sebuah ilmu.

Menurut Nazirah Lamjad (2018), Falsafah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah dapat dikategorikan dalam pelbagai bidang dan falsafah komunikasi bertindak sebagai payung kepada cabang yang pelbagai. Agama juga merupakan satu falsafah yang sangat menekankan kebenaran.
Pada abad ini, falsafah komunikasi adalah bidang penyelidikan yang sangat penting kerana ia mempunyai peranan asas terhadap hampir semua aspek kehidupan. Malah, makin banyak sains sosial melakukan perubahan yang disebabkan oleh komuniti komunikasi yang sangat global. Selain itu, sekiranya kita ingin meneroka hubungan antara teori komunikasi dan bidang falsafah kita perlu mengetahui bidang seperti metafizik dan ontologi, falsafah bahasa, epistiomologi, dan etika sosial dan politik. Pengkaji falsafah komunikasi ini memerlukan pengetahuan yang luas berkaitan dengan komunikasi. Hal ini demikian kerana komunikasi merupakan antara bidang yang mencabar disebabkan banyak disiplin yang perlu dipatuhi. 
Selain itu, teori-teori seperti epistemologi, falsafah bahasa, metafizik, etika sosial, ontologi, falsafah tradisional dan politik adalah satu falsafah yang diterokai hubungannya sesama sendiri. 
Terdapat falsafah mengenai komunikasi dari perspektif sains komunikasi tetapi juga terdapat keperluan dari perspektif falsafah itu sendiri, yang akan mendapat manfaat daripada kemasukan struktur dan eksplisit yang berkaitan dengan komunikasi (manusia). Selain itu, refleksi falsafah mengenai komunikasi boleh menetapkan amalan dan pandangan percuma yang boleh membantu meringankan struktur penindasan dalam diri, budaya dan masyarakat dan memupuk perbahasan yang terbuka dan kritikal.


Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) falsafah bermaksud cinta kepada kebijaksanaan di mana ianya menerangkan keinginan untuk mencari kebenaran terhadap sesuatu perkara yang ingin di ketahui melalui akal fikiran kita sendiri bagi merungkai isu dan masalah yang timbul. Menurut Dr Sidi Gazalba, falsafah adalah mencari sesuatu kebenaran dengan cara memikirkannya secara kritis, sistematik dan lebih radikal. Terdapat beberapa cabang falsafah yang dapat di kesan iaitu metafizik, epistomologi, logik dan etika. Metafizik adalah merupakan ilmu pengetahuan tentang sesuatu yang di luar alam atau yang tidak di ketahui. Epistomologi pula adalah kajian tentang sifat dan pengetahuan terhadap sesuatu kepercayaan. Logik pula adalah membezakan sama ada sebab itu adalah baik ataupun tidak baik yang menentukan kepada berlakunya sesuatu perkara. Akhir sekali, etika pula adalah merupakan nilai yang di lakukan oleh manusia sama ada mengikut perkara yang betul atau tidak dalam tindakan yang di lakukan.

Menurut Verone Sue Mangun (2018) Falsafah yang bermaksud cinta kebijaksanaan seperti cinta yang terkenal dalam konteks ini difahami sebagai keinginan yang kuat untuk objek tertentu manakala kebijaksanaan difahami sebagai penerapan pengetahuan yang betul. Kita dapat melihat bahawa banyak ahli falsafah di dunia purba khususnya di Greece, India dan China. Contohnya Socrates, Gauthama, Buddha dan Conficius. Dalam kajian falsafah ditakrifkan sebagai sains dalam sebab utama, sebab dan prinsip melalui bantuan manusia. Walau bagaimanapun, falsafah boleh dibahagikan kepada empat 4 utama iaitu metafizik, epistemologi, logik dan etika.

Satria Bin Salim (2018)

Falsafah adalah kebijaksanaan dalam menjawab apa-apa isu yang dipersoalkan. Kebolehan dalam menyatakan jawaban yang tersendiri disetiap soalan-soalan yang dilontarkan dengan diikuti fakta dan contoh-contoh yang sesuai. Baru dikelaskan sebagai falsafah yang biijak.

Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (2018) 

Falsafah adalah disiplin akademik yang menjalankan akal dan logika dalam usaha untuk menjawab soalan asas tentang pengetahuan, moral kehidupan dan sifat manusia. Ia berasal dari istilah Greek "philosophia" yang bermaksud cinta kebijaksanaan. Walau bagaimanapun, ahli falsafah tidak bersetuju dengan definisi falsafah tunggal. Falsafah dibahagikan kepada empat cabang utama seperti metafizik, epistomologi, logik dan etika. Metafizik yang merupakan kajian perkara di luar fizikal atau kajian sifat realiti boleh dibahagikan kepada dua kategori seperti ontologi dan kosmologi. Ia dikenali sebagai falsafah pertama oleh Aristotle. Epistomologi adalah kajian tentang alam dan skop pengetahuan dan membenarkan kepercayaan. Logik adalah kajian tentang bagaimana untuk membangunkan alasan yang sah.

Plato: The Republic - Book 1 Summary and Analysis



  Menurut Erwan Percy (2018,) video di atas menceritakan tentang buku yang bertajuk “The Republic” dari ahli falsafah yunani iaitu Plat. Buku ini berkaitan dengan falsafah kebendaan yang meluputi pelbagai aspek dan bidang. Namun begitu, dalam dialog Plato wujud satu persoalan mengenai kebenaran dan keadilan. Dialog tersebut, Plato memberi penegasan terhadap keadilan, apa maksud keadilan dan sebab kita kenapa perlu berlaku adil dalam kehidupan.
Menurut Plato, terdapat dua jenis keadilan pertama keadilan individu dan kedua keadilan dalam negara. Keadilan individu ini dikatakan perlu lahir dari individu tersebut, dimana perlu berlaku adil atau mengamalkan sikap adil dalam diri dan tiada unsur pilih kasih atau bias dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh, pembahagian tugas terhadap ahli kumpulan lain perlu bersikap adil dan saksama sekiranya seseorang itu menjadi ketua. Seterusnya, keadialan dalam negara adalah pemimpin. Pemimpin perlu bijak menyelesaikan masalah dan beriskap adil kepada semua rakyat tidak kira bangsa, dan agama. Sifat ini perlu diterapkan dalam diri sendiri untuk kehidupan seharian.

Menurut Nazirah Lamjad (2018), Republik merupakan buku yang mempunyai 10 bab dan ditulis oleh Plato dan rakan-rakannya sekitar tahun 427-348SM di mana buku ini dianggap sebagai sebuah karya teori falsafah dan politik yang terpengaruh. Ditulis dalam bentuk dialog, seorang ahli falsafah Yunani, mahakarya ini adalah berkenaan dengan “falsafah benda-benda kemanusiaan”. Dalam buku ini, Socrates iaitu guru kepada Plato juga merupakan watak utama dalam buku ini. Dalam buku ini, Plato ada menekankan mengenai “keadilan” yang mana erti sebenarnya adalah suatu jalan atau cara individu dalam menjalani kehidupan dan berhubungan sesama manusia dalam pergaulan hidup masyarakat secara adil. Oleh itu, Plato bersama rakan-rakannya membina sebuah ‘bandar dalam bentuk pertuturan’ yang ideal, iaitu sebuah bandar teori yang mengamalkan keadilan sempurna. Walau bagaimanapun, Plato membina bandar teori ini bukan sahaja untuk memeriksa bandar yang paling adil dan tepat seperti yang di bayangkan, malah untuk menemukan bagaimana sesorang harus hidup. Secara keseluruhannya, semua bab dalam buku ini menyentuh tentang keadilan tanpa mengira hukumannya sekaligus mempunyai kaitan dengan komunikasi.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), Plato menceritakan tentang keadilan dan mengapa seseorang harus adil. Plato menjawab definisi pertama keadilan yang dinyatakan oleh. Cephalus menyimpulkan bahawa keadilan membayar hutang dan mengatakan kebenaran. Socrates menafikan definisi keadilan Cephalus dengan memetik beberapa contoh di mana ia bukan hanya untuk mengatakan kebenaran atau untuk membayar hutangnya. Plato juga menegaskan bahawa keadilan berbuat baik kepada sahabat dan kejahatan terhadap musuh. Socrates menafikan definisi ini dengan menegaskan bahawa manusia adil tidak pernah melakukan kejahatan bahkan kepada musuh-musuhnya. Socrates telah menyimpulkan bahawa hanya seorang lelaki yang tidak adil yang mencederakan manusia untuk melakukan jenayah tidak adil. Plato menyatakan bahawa keadilan adalah sangat penting secara kesimpulannya. Menurut konsep Plato, terdapat dua jenis keadilan: keadilan individu dan keadilan negara di sesebuah negara. Dari segi keadilan individu, seorang individu perlu mengamalkan keadilan dan keadilan untuk membentuk kesejahteraan dan untuk menghindari unsur pilih kasih dan ketidakadilan dalam diri mereka sendiri. Sebagai contoh menjadi pemimpin dalam pekerjaan atau tugasan pekerjaan. Kita perlu membahagikan kerja yang tidak sekata dalam kumpulan di sana kawan-kawan kita yang terbaik. Socrates menyatakan bahawa keadilan berbuat baik kepada sahabat dan musuh. Keadilan terhadap negara pula adalah berkaitan dengan seorang pemimpin dan sesebuah negara itu. Akhirnya, kita perlu mengamalkan nilai-nilai yang baik sebagai adil dalam kehidupan seharian. Di dalam kerajaan, sikap yang adil mesti wujud kerana ia adalah tonggak kepada pembentukan dan kekuatan sebuah negara. Komunikasi yang efektif juga mesti wujud di antara kerajaan dan rakyat untuk memastikan keadilan dapat dicapai.

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) Buku The Republic yang mana ianya di tulis oleh tokoh yang terkenal dalam pelbagai bidang iaitu Plato. Plato menceritakan dalam buku tersebut mengenai keadilan yang perlu di tegakkan oleh setiap manusia bagi mendapatkan hak yang sepatutnya di perolehi. Menurutnya terdapat banyak faedah yang akan di perolehi apabila manusia menjadi lebih adil dengan mengaplikasikan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian. Dalam buku tersebut terdapat dua jenis keadilan yang perlu di ketahui iaitu pertama keadilan individual dan kedua keadilan dalam sesebuah negara. Menurut Socrates dalam buku tersebut bagaimana keadilan dan pemerintahan mampu untuk menghubungkan seseorang individu dengan individu yang lain dalam kehidupan bermasyarakat. Keadilan akan dapat di capai melalui nilai yang jujur dalam sesuatu pemerintahan yang akan dapat membantu dalam memajukan kehidupan dalam masyarakat. Socrates menyatakan terdapat empat kaedah yang dapat menjadikan negara itu ideal dari segi pemerintahan iaitu keberanian, kebijaksanaan, kesederhanaan dan keadilan. Melalui kebijaksanaan dalam setiap pemerintahan ianya akan dapat membantu untuk mencari kebenaran bagi menyelesaikan masalah atau isu yang di hadapi oleh individu atau dalam masyarakat tersebut.

Menurut Verone Sue Mangun (2018) Republik adalah sebuah buku yang telah ditulis oleh Plato pada sekitar tahun 427-348 SM dimana, buku tersebut terbahagi kepada 10 bahagian. Tema utama dalam buku yang ditulis oleh plato ini adalah tentang keadilan. Terdapat 2 jenis keadilan iaitu keadilan individual dan keadilan dalam negara. Socrates menafikan definisi keadilan Cephalus dengan memetik beberapa contoh di mana ia bukan hanya untuk mengatakan kebenaran atau untuk membayar hutangnya. Plato juga menegaskan bahawa keadilan berbuat baik kepada sahabat dan kejahatan terhadap musuh. Socrates menafikan definisi ini dengan menegaskan bahawa manusia adil tidak pernah melakukan kejahatan bahkan kepada musuh-musuhnya. Socrates menyatakan terdapat empat kaedah yang dapat menjadikan negara itu ideal dari segi pemerintahan iaitu keberanian, kebijaksanaan, kesederhanaan dan keadilan. Melalui kebijaksanaan dalam setiap pemerintahan ianya akan dapat membantu untuk mencari kebenaran bagi menyelesaikan masalah atau isu yang di hadapi oleh individu atau dalam masyarakat tersebut.

Menurut Satria Bin Salim (2018), buku the repbulik adalah ditulis oleh Plato untuk keadilan yang perlu ditegakkan oleh setiap manusia yang ada dimuka bumi ini. Menurutnya terdapat banyak faedah yang diperolehi apabila berlaku adil kepada setiap insan dimuka bumi ini. Dua pekara penting keadilan yang ditulis dalam buku tersebut antaranya ialah keadilan individual dan keadilan dalam sesebuah negara. Manakal Menurut Socrates bagaimana keadilan dan pemerintahan itu dapat menghubungan antara satu individu dengan individu yang lain. Keadilan itu berlaku disetiap insan yang profesional dalam melakukan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Nyatanya lagi, empat kaedah baik negara itu ideal pemerintahannya iaitu keberanian, kebijaksanaan, kesederhanaan dan keadilam. Kesemua elemen ini perlu bersatu dalam menangani apa-apa krisis yang berlaku dalam negara. Pentadbiran negara akan baik apabila pemimpinnya ada empat ciri ini. 

Is education a waste of time for married women? (1961) | RetroFocus




Falsafahkan?



Menerusi dua video ini yang mengkonsepkan Falsafah Komunikasi . Namun kami cuba mengulas dua video ini dengan pengetahuan yang faham tentang apa itu Falsafah Komunikasi.





Menurut Azad (2018), Video 1 bagi saya ia adalah berkaitan dengan bagaimana cara kita untuk mencapai apa yang kita mahu. Dalam erti kata lain tidak perlu mendengarkan kata-kata orang lain. Manakala,Video 2 pula pada pendapat saya, pendidikan adalah satu kepentingan yang perlu di niatkan dalam diri sendiri dan orang lain. Pendidikan bukalah satu pembaziran masa. Maka, wanita yang sudah berkhawin yang mencari dan menimba pendidikan sebenarnya tidak lah membazirkan masanya malah ia adalah lebih baik. 
Benar walaupun tugas wanita lebih kepada suri rumah namun pendidikan pada era ini adalah sangat penting kepada golongan wanita. Wanita yang kurang mempunyai pendidik akan mudah dipergunakan oleh golongan lain. Sebagai seorang wanita perlu mendapatkan lebih banyak pengetahuan tidak kira di mana anda berada sekarang. Menikah bukanlah sebab untuk berhenti belajar dan dididik.

Bebeza pula Pendapat yang diberikan oleh Ag Muhammad Hassan, menurut Hassan (2018), pendidikan adalah amat tidak membuang masa. namun ia perlu bertepatan dengan bidang yang diceburi. maksud saya di sini ialah mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minati. sudah tidak relevan mengatakan bahawa wanita tidak perlu menyambung pelajaran, dan hanya akan duduk di rumah menjaga anak-anak, wanita bijak mengatur masa. pendidikan amat penting kepada manusia. sabda Nabi kita sendiri 'اُطْلُبُوْا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ، فَإِنَّ طَلَبَ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ' (tuntutlah ilmu meskipun hingga ke negeri China, kerana mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim)'. pendidikan amat penting, kerana ilmu penyuluh hidup.


Pendapat yang sama dikeluarkan oleh Saudara Erwan Bin Percy dimana dia menyatakan pendapatnya pada video kedua. Menurut Erwan (2018)kenyatan pendidikan hanyalah membuang masa bagi wanita yang telah berkawin adalah salah. Seperti yang kit lihat pada masa kini,ramai wanita yang telah berkawin sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi kerana lebih menyedari pentingnya pendidikan walaupun mempunyai komitmen terhadap keluarga dan anak-anak. Hal ini kerana wanita mampu membahagikan masa dengan baik dan bijaksana seperti melakukan kerja-kerja rumah sambil belajar. Ramai golongan wanita yang telah berkahwin mementingkan pendidkkan tanpa mengira usia dan juga status mereka. Hanya pendidikan yang mampu mengubah taraf kehidupan seseorang dan persediaan untuk mendapatkn kehidupan yang lebih baik serta membantu menstabilkan keadan ekonomi keluarga.

Selain itu, Nurshaimah binti Samsudin, dia menyangkal dimana pendidikan sebenarnya adalah sangat penting kepada semua orang tidak mengira jantina atau usia. Menurut Nurshaiman (2018)Pendidikan merupakan elemen yang penting dalam kehidupan tanpa mengira jantina, usia dan status mereka. Untuk video 2, golongan wanita yang telah berkahwin melanjutkan pelajaran adalah perkara biasa pada zaman yang semakin canggih ini dan bukannya membuang masa. 
Hal ini kerana wanita bijak mengatur masa untuk keluarga dan juga pelajaran. sebagai contohnya, kita melihat wanita yang telah berkahwin bijak melakukan kerja-kerja rumah di samping kerja lain seperti belajar atau melakukan kerja sampingan. Selain itu, Wanita seharusnya mempunyai kerjaya sendiri dan lebih berdikari. Tak semestinya wanita yang telah berkawin hanya duduk d rumah sahaja.Tambahan lagi,tiada salahnya untuk wanita yang telah berkahwin sambung belajar untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik dengan adanya pendidikan yang lebih tinggi.

Menurut Satria Salim(2018)mencari atau menuntut ilmu tidak kira di institusi pendidikan mana pun amat tidak merugikan mahupun membazirkan masa kita. Hal ini kerana, tanpa ilmu didada siapa lah kita sebagai seorang yang bergelar manusia di muka bumi ini. Pencarian ilmu adalah sangat penting bagi setiap insan dalam menambahkan pengetahuan dari segi intelek dan sebagainya. Manakala video yang kedua, pendidikan penting bagi semua tidak kira lelaki mahupun perempuan. Walaupun wanita tersebut sudah berkahwin meneruskan dalam mencari ilmu tidak dihalang oleh mana-mana pihak selagi mana seorang wanita tersebut masih mahu melanjutkan dalam mencari ilmu pendidikan dan sebagainya.Ianya akan dapat memupuk berfikir secara rasional dan berfalsafah. 

Menurut Erwan Percy (2018), kenyatan pendidikan hanyalah membuang masa bagi wanita yang telah berkawin adalah salah. Seperti yang kita lihat pada masa kini,ramai wanita yang telah berkawin sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi kerana lebih menyedari pentingnya pendidikan walaupun mempunyai komitmen terhadap keluarga dan anak-anak. 
Hal ini kerana wanita mampu membahagikan masa dengan baik dan bijaksana seperti melakukan kerja-kerja rumah sambil belajar. Ramai golongan wanita yang telah berkahwin mementingkan pendidkkan tanpa mengira usia dan juga status mereka. Hanya pendidikan yang mampu mengubah taraf kehidupan seseorang dan persediaan untuk mendapatkn kehidupan yang lebih baik serta membantu menstabilkan keadan ekonomi keluarga.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), Video 1: Removed 
Video 2: Bagi video kedua, berkenaan pendidikan yang memberikan pembuangan masa terhadap wanita yang sudah berkahwin, ia adalah sesuatu yang tidak sesuai kerana pendidikan adalah pilihan. Selain itu, seperti yang dinyatakan dalam video, pendidikan akan membantu memajukan individu dalam pelbagai cara dan dalam konteks ini, pendidikan dapat membantu wanita yang sudah berkahwin menjadi lebih teratur sepanjang berada di sana untuk anak-anak dan keluarga mereka pada masa yang sama. Dalam menentang pandangan yang menyatakan bahawa wanita yang sudah berkahwin harus tinggal di rumah dan menumpukan perhatian kepada keluarga mereka, saya percaya ia adalah perkara utama. Ini kerana sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin, dia kini mempunyai peranan seorang isteri dan mungkin seorang ibu. Sebagai seorang ibu, prioriti pertama mereka akan sentiasa menjadi keluarga mereka. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk mengatakan bahawa mereka harus benar-benar meninggalkan segala-galanya seperti pendidikan di belakang untuk semata-mata berada di rumah untuk keluarganya. Wanita berkahwin masih boleh berada di sana untuk keluarganya walaupun memegang tanggungjawab lain seperti meneruskan pendidikan mereka.

Video 3: Dalam video 3, terdapat penekanan yang lebih tinggi terhadap sikap umum dan kemahiran sosial berbanding dengan pendidikan tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui perspektif Elon Musk bahawa walaupun pendidikan dan kualifikasi yang lebih tinggi mungkin menunjukkan potensi orang ini dapat mencapai sesuatu yang hebat. Seperti yang dinyatakan, beliau berkata bahawa adalah lebih baik bagi seorang individu untuk memiliki kemahiran yang dapat menyelesaikan masalah kerana ia akan memberi manfaat kepada seseorang individu dalam jangka masa yang panjang. Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan ini kerana sikap ini boleh dibawa ke banyak bidang termasuk pendidikan. Walau bagaimanapun, saya tidak bersetju bahawa pendidikan adalah satu pembaziran masa, tetapi sebaliknya adalah suatu keistimewaan dan melainkan jika kita dapat menyedari itu, kita tidak akan tahu betapa berharganya pendidikan.


Menurut Nazirah Lamjad (2018)Video pertama- telah dipadam 
Video kedua- berdasarkan video yang telah saya tonton, adalah tidak salah bagi kaum wanita untuk meneruskan pelajaran walaupun sudah berkahwin. Tetapi ada yang memandang negatif terhadap perkara tersebut kerana ianya di anggap membuang masa. Dari sudut positifnya bagi pendapat saya sendiri, melanjutkan pelajaran bagi wanita adalah tidak salah dan membuang masa sama sekali kerana apabila kita lihat pada zaman moden ketika ini, sudah ramai wanita yang menyambung pengajian walaupun mereka telahpun berumah tangga. Ini kita boleh lihat dari sudut kemampuan dan bagaimana mereka mengatur masa dengan bijak. Oleh itu, menuntut ilmu bagi kaum wanita adalah tidak salah kerana sesiapa pun layak menerima pendidikan tidak mengira peringkat umur

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) menuntut ilmu itu adalah sangat penting kerana tanpa ilmu manusia tidak akan mengetahui apa-apa perkara dalam sesuatu bidang dan juga dalam menjalani kehidupan seharian. Ilmu perlu di timba tidak mengira usia kerana ilmu boleh membina diri ke arah yang lebih berpendidikan dan maju dari segi intelektual. Semakin banyak ilmu yang diperolehi semakin banyak masalah yang akan dapat di selesaikan dan ini akan membantu manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan aman. Setiap manusia perlu menimba ilmu, kerana ilmu merupakan kunci untuk mencapai objektif yang ingin di kecapi. Ilmu boleh diperolehi di mana-mana selagi ilmu itu dapat memberikan manfaat kepada diri dan juga orang lain. Pendidikan adalah sangat penting kerana ianya akan dapat membantu manusia untuk mencapai kejayaan dalam hidup di samping dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baik dan banyak kepada diri sendiri.

Menurut Verone Sue Mangun (2018) Pendidikan tidak boleh menjadi halangan bagi wanita untuk berkahwin kerana pendidikan dilihat sebagai salah satu alat yang paling penting bagi wanita yang ingin bekerja dalam kedudukan yang lebih tinggi. Namun, ini tidak boleh dilihat sebagai keperluan bagi wanita tertentu. Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa mendapatkan pendidikan adalah subjektif kepada seseorang dan tidak boleh dianggap sebagai penghalang untuk berkahwin.

Goampre Bayoh (2018) Mendapatkan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara formal dan juga tidak formal. Mendapatkan pendidikan secara formal tanpa keperluan bagi seorang wanita yang sudah berkahwin boleh dikatakan sesuata yang membazir masa kerana pendidikan juga boleh diperoleh secara tidak formal. Sebagai contoh, membuat pembacaan buku sudah memadai untuk mendapatkan ilmu. Ditambah lagi dengan teknologi pada masa kini seperti internet yang menyediakan dan menggalakkan perkongsian maklumat memudahkan lagi sesiapa sahaja mendapatkan ilmu yang mungkin hampir sama dengan yang diajar di sekolah atau IPT.

Satria Bin Salim (2018)

Mendapatkan pendidikan dengan dua cara iaitu, secara formal dan tidak formal. Pendidikan secara formal tanpa keperluan bagi seseorang wanita yang sudah berkahwin boleh dikatakan akan membazir masa kerana pendidikan juga boleh diperolehi secara tidak formal. Pada masa kini, setiap insan yang ingin berjaya hanya terletak pada diri masing-masing. Apabila ingin berjaya terserah kepada keyakinan, kebolehan dan keberanian dalam mengharungi liku-liku perjalanan untuk mengejar apa yang diimpikan. Oleh itu, wanita yang sudah berkahwin untuk berjaya itu walaupun tidak mendapat pendidikan secara formal cita-cita akan dapat dicapai apabila usaha itu berterusan.


PEMBELAJARAN APA ITU FALSAFAH KOMUNIKASI

https://www.goodreads.com/book/show/33155282-kisah-25-filsuf-barat?https://www.goodreads.com/book/show/33155282-kisah-25-filsuf-barat?fbclid=IwAR00VAjzDJyuytjS-7LElWjeidU5WvniK5issgmUGc5EuE2Fv9zaxrnV-FAfbclid=IwAR00VAjzDJyuytjS-7LElWjeidU5WvniK5issgmUGc5EuE2Fv9zaxrnV-FA

Sebagai panduan, pelajar boleh melihat serba sedikit bingkisan berkaitan pemikiran-pemikiran barat berkaitan dengan Falsafah Komunikasi. Berdasarkan pemahaman saya melalui video di atas asal usul komunikasi dikatakan wujud dari Tuhan Maha Pencipta. Lelaki pertama yang diturunkan adalah Adam tanpa mengetahui sebarang Bahasa dan tidak boleh berkomunikasi. Namun begitu, atas keizinanNya, Adam boleh berkomunikasi untuk memudahkan berhubung dengan yang lain.
Selain itu, Menurut Erwan Percy (2018),bahawa manusia seharusnya menggunakan ilmu yang ada dengan baik da bermanfaat kepada yang lainnya. Penggunaan Bahasa perlulah sesuai untuk memudahkan berkomunikasi dengan yang lain. Hal ini demikian, penting untuk memahami mesej yang disampaikan dengan lebih mudah. Oleh itu, Bahasa yang sesuai dapat menyampaikan mesej yang jelas dan dapat berkongsi pendapat dari pelbagai pihak yang boleh menghasilkan idea yang lebih baik. 

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), artikel ini menyatakan bahawa komunikasi yang baik memberikan suatu konotosi berbeza terhadap individu yang berbeza dalam konteks yang berbeza. 

Artikel ini adalah berkenaan dengan komunikasi yang mempunyai seni di mana telah ia adalah penting dalam kehidupan sejak dahulu kala lagi. Komunikasi memberikan kita interaksi sosial di antara masyarakat dan seterusnya dapat merapatkan hubungan masyarakat dengan lebih erat.

Artikel ini juga memberikan perbezaan maksud atau takrifan adalah wujud kerana konteks yang berbeza dalam setiap orang. Komunikasi membawa maksud yang berbeza kepada masyarakat namun secara keseluruhannya ianya adalah proses menyampaikan sesuatu maklumat terhadap orang lain.

Pemprosesan dalam menyampaikan maklumat adalah sabgat penting agar seorang individu tersebut memahami suatu perkara yang diperkatakan untuk mengelakkan segala kekeliruan.

Di sini, ia membawa maksud bahawa seorang penyampai seharusnya lebih profesional dalam menyampaikan mesej kepada orang lain agar tiada perkara yang negatif yang berlaku disebabkan kesalahfahaman yang berlaku.


Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) Falsafah komunikasi adalah bagaimana kita menyampaikan sesuatu maklumat dan mesej kepada orang lain secara berkesan dan menerima mesej serta ilmu tersebut berdasarkan apa yang difikirkan mengenai mesej yang ingin disampaikan. Falsafah komunikasi merupakan bidang yang paling penting untuk di fahami kerana ia akan dapat membantu untuk merungkai berbagai masalah terutamanya dalam bidang komunikasi. Falsafah komunikasi juga merupakan suatu displin ilmu yang merangkumi teori, metodologi, analitikal, kritikal dan holistik secara umumnya. Falsafah komunikasi perlu di fahami dengan lebih mendalam untuk membentuk pemahaman yang lebih jelas terhadap mesej dan maklumat yang ingin di sampaikan kepada pendengar. Melalui falsafah komunikasi kita akan dapat mempelajari bidang komunikasi dari sudut yang lebih meluas. Selain itu, falsafah komunikasi juga akan mengajar kita untuk berfikir dengan lebih sistematik yang boleh membentuk diri kita untuk berfikir berdasarkan logik akal dan mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dibincangkan.

Satria Bin Salim (2018)

 Falsafah komunikasi adalah, bagaimana komunikasi yang betul agar maklumat yang disampaikan itu adalah berkesan. Kemahiran komunikasi itu adalah penting disetiap manusia tidak kira berbual dengan rakan dan keluarga atau semasa menyampaikan maklumat kepada orang awam. Komunikasi yang baik adalah, memberikan maklumat yang jelas berdasarkan dengan objektif yang perlu disampaikan. Penggunaan kosa kata dan nada suara yang baik. Dimana dalam hal ini, memastikan penggunaan kosa kata tidak berputar belit disebalik maksud yang ingin disampaikan. Nada suara adalah, menggunakan kekuatan suara berdasarkan situasi yang tertentu agar pendengar selesa untuk menerima maklumat yang ingin disampaikan.

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...