Selasa, 25 Disember 2018

Pemikiran Tentang Falsafah Daripada Mahasiswa

Falsafah (wisdom=kebijaksanaan) boleh ditemui (ye ke?) dengan,
1. Ikut otak semata-mata
2. Ikut hati semata-mata
3. Ikut nafsu semata-mata
4. Ikut 1, 2, dan 3 mengikut kadar-kadar yg munasabah
5. Ikut "agama" dengan melulu (tidak memahami maqasid)
6. Ikut ajaran mereka yg mungkin juga keliru
Apa pilihan kita? Apa kekusutan besar yg mesti dirungkaikan?

Perkataan falsafah berasal daripada perkataan bahasa yunani iaitu philien dan sophia. philien bermaksud cinta,kaji atau hargai. Manakala sophia bermaksud hikmah,kebijaksanaan atau kebenaran.Gabungan dua perkataan ibu membentuk maksud falsafah iaitu mencintai kebenaran dan hikmah.

Tambahan lagi,ada yang berpendapat bahawa falsafah dari perkataan philos bererti cinta dan sophia bererti pengetahuan.kombinasi dua perkataan tersebut menjadi philosophes bermaksud cinta kepada ilmu pengetahuan

Menurut Erwan Percy(2018) ,falsafah mengikut otak semata-mata ialah falsafah daripada hasil kita berfikir akal fikiran kita sendiri dengan melihat apa yang berlaku di persekitaran dan kehidupan kita. Namun sekiranya falsafah itu mengikut hati dan nafsu,falsafah sedemikian haruslah difikirkan dengan betul dan bersesuaian dengan situasi tertentu.   

Menurut Nazirah Lamjad (2018), falsafah itu menunjukkan bagaimana kita berfikir tentang sesuatu perkara di mana ia melibatkan pemikiran secara kritis. Dari erti kata lain, falsafah bergantung kepada cara kita berfikir. Kebijaksanaan manusia dapat ditemui dari pelbagai cara namun ianya bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana untuk berfikir dengan bijak menggunakan akal demi mencari sesuatu kebenaran.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee  (2018), falsafah dapat ditemukan menggunakan akal fikiran juga ilmu pengetahuan kita. Untuk mencari suatu kebenaran, seorang individu akan berfikir dengan begitu mendalam berkenaan dengan sebuah persoalan dalam mencari sebuah jawapan. Bagi saya pada ketika itu, individu tersebut ada sedang berfalsafah. Penggunaan akal dan ilmu akan memberikan seorang individu tersebut dengan sebuah kebenaran yang ingin dicari dgn bijaksana.

Menurut Azad (2018), Falsafah. Apa yang dikatakan dengan falsafah itu bagi saya adalah satu pemikiran yang telah diterapkan daripada dahulu lagi tujuannya adalah untuk mencari kebenaran yang umum dan berasas. 


Jika Falsafah dikatakan mengikut otak semata-mata ia akan jadisatu pemikiran yang hanya memikirkan perkara yang logik sahaja yang boleh difikirkan dengan otak manusia.



Jika hati dan nafsu, kemungkinan apa yang dapat difikirkan adalah satu kebenaran yang benar-benar untuk dicapai namun boleh jadi ia tidak logik kerana apa yang diikutkan melalui hati dan nafsu tidak semua akan menjadi satu kebenaran yang dapat dilihat.

Jadi pada saya, Falsafah ini satu pemikiran manusia yang akan menjaga kebenaran yang dipegang dan diletakkan dalam diri sendiri. Namun , konsep-konsep 1-5 itu akan mempengaruh kegoyahan pegagangan falsafah tersebut. (Boleh Tengok Komen awal sahabat komunikasi diatas) (tidak mahu ulang yang sama)😎😎 

Bagi saya, orang yang berpegang kepada falsafah adalah orang berani mengangkat kebenaran yang jelas kelihatan di hadapan matanya sendiri.


Berbeza dengan orang yang tidak berpegang pada falsafah yang hanya mengikut semua perkara walaupun ianya salah. Ia juga boleh dikatakan seperti lalang dan orang seperti ini yang mempunyai masalah dalam memegang pendirian falsafah dia. Dengan itu dalam dirinya bukanah falsafah namun 'falsampah'.


Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) falsafah boleh di perolehi dari pelbagai cara yang dapat memberikan pengetahuan yang berguna serta mempunyai kebenaran yang sahih berdasarkan persoalan yang ingin di ketahui. Falsafah adalah merupa
kan satu bidang pemikiran yang terdapat pada setiap diri manusia, di mana tujuannya adalah untuk mencari kebenaran tentang sesuatu perkara bagi mendapatkan jawapan yang boleh di jadikan sebagai hujah kepada sesuatu masalah dan juga isu yang timbul. Dengan itu, falsafah boleh di perolehi daripada akal fikiran, melalui ilmu yang di perolehi dalam sesuatu bidang, melalui pengalaman, melalui kefahaman dalam sesuatu perkara, melalui agama dan banyak lagi yang boleh membina dan mentakrifkan maksud falsafah berdasarkan pemahaman kita sendiri. Setiap manusia mempunyai caranya yang tersendiri untuk mencari kebenaran dalam sesuatu perkara dan juga mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengikut kefahaman yang mereka perolehi.



Menurut Verone Sue Mangun (2018) Definisi falsafah menurut Plato ialah pengetahuan tentang segala yang ada. Menurut Aristotle pula adalah menyelidiki sebab dan asas segala benda. Manakala bagi Al-Farabi falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam maujud dan akhir sekali menurut Sidi Gazalba, falsafah boleh ditafsirkan sebagai berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan universal dalam rangka mencari kebenaran. Pada pendapat saya, falsafah adalah berdasarkan pada 1, 2, 3 dengan rasionalitas. Oleh kerana setiap orang mempunyai minda yang berbeza. Ia bergantung kepada jumlah rasional yang mereka anggap mengenai perkara tertentu dengan memberikan pemikiran yang mendalam tentangnya. Tetapi seiring dengan waktunya yang berlalu, semua orang akan mempunyai pemikiran yang berbeza mengenai perkara-perkara tertentu sehingga selalu ada banyak pertanyaan yang timbul yang mencabar falsafah, dan juga perubahan persekitaran juga akan mengubah aspek dan kepercayaan yang berbeza terhadap hal-hal tertentu.

Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (2018)  Falsafah ialah pandangan orang lama-lama yang melalui revolusi. Mencari kebenaran adalah satu aktiviti penting yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan adalah diperlukan dalam mencipta sesuatu falsafah. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha mencari kebenaran. Namun, ia hanya dapat dilakukan dengan beberapa pertimbangan iaitu seseorang itu perlulah memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan yang mantap. falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...