Khamis, 8 November 2018

Plato: The Republic - Book 1 Summary and Analysis



  Menurut Erwan Percy (2018,) video di atas menceritakan tentang buku yang bertajuk “The Republic” dari ahli falsafah yunani iaitu Plat. Buku ini berkaitan dengan falsafah kebendaan yang meluputi pelbagai aspek dan bidang. Namun begitu, dalam dialog Plato wujud satu persoalan mengenai kebenaran dan keadilan. Dialog tersebut, Plato memberi penegasan terhadap keadilan, apa maksud keadilan dan sebab kita kenapa perlu berlaku adil dalam kehidupan.
Menurut Plato, terdapat dua jenis keadilan pertama keadilan individu dan kedua keadilan dalam negara. Keadilan individu ini dikatakan perlu lahir dari individu tersebut, dimana perlu berlaku adil atau mengamalkan sikap adil dalam diri dan tiada unsur pilih kasih atau bias dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh, pembahagian tugas terhadap ahli kumpulan lain perlu bersikap adil dan saksama sekiranya seseorang itu menjadi ketua. Seterusnya, keadialan dalam negara adalah pemimpin. Pemimpin perlu bijak menyelesaikan masalah dan beriskap adil kepada semua rakyat tidak kira bangsa, dan agama. Sifat ini perlu diterapkan dalam diri sendiri untuk kehidupan seharian.

Menurut Nazirah Lamjad (2018), Republik merupakan buku yang mempunyai 10 bab dan ditulis oleh Plato dan rakan-rakannya sekitar tahun 427-348SM di mana buku ini dianggap sebagai sebuah karya teori falsafah dan politik yang terpengaruh. Ditulis dalam bentuk dialog, seorang ahli falsafah Yunani, mahakarya ini adalah berkenaan dengan “falsafah benda-benda kemanusiaan”. Dalam buku ini, Socrates iaitu guru kepada Plato juga merupakan watak utama dalam buku ini. Dalam buku ini, Plato ada menekankan mengenai “keadilan” yang mana erti sebenarnya adalah suatu jalan atau cara individu dalam menjalani kehidupan dan berhubungan sesama manusia dalam pergaulan hidup masyarakat secara adil. Oleh itu, Plato bersama rakan-rakannya membina sebuah ‘bandar dalam bentuk pertuturan’ yang ideal, iaitu sebuah bandar teori yang mengamalkan keadilan sempurna. Walau bagaimanapun, Plato membina bandar teori ini bukan sahaja untuk memeriksa bandar yang paling adil dan tepat seperti yang di bayangkan, malah untuk menemukan bagaimana sesorang harus hidup. Secara keseluruhannya, semua bab dalam buku ini menyentuh tentang keadilan tanpa mengira hukumannya sekaligus mempunyai kaitan dengan komunikasi.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), Plato menceritakan tentang keadilan dan mengapa seseorang harus adil. Plato menjawab definisi pertama keadilan yang dinyatakan oleh. Cephalus menyimpulkan bahawa keadilan membayar hutang dan mengatakan kebenaran. Socrates menafikan definisi keadilan Cephalus dengan memetik beberapa contoh di mana ia bukan hanya untuk mengatakan kebenaran atau untuk membayar hutangnya. Plato juga menegaskan bahawa keadilan berbuat baik kepada sahabat dan kejahatan terhadap musuh. Socrates menafikan definisi ini dengan menegaskan bahawa manusia adil tidak pernah melakukan kejahatan bahkan kepada musuh-musuhnya. Socrates telah menyimpulkan bahawa hanya seorang lelaki yang tidak adil yang mencederakan manusia untuk melakukan jenayah tidak adil. Plato menyatakan bahawa keadilan adalah sangat penting secara kesimpulannya. Menurut konsep Plato, terdapat dua jenis keadilan: keadilan individu dan keadilan negara di sesebuah negara. Dari segi keadilan individu, seorang individu perlu mengamalkan keadilan dan keadilan untuk membentuk kesejahteraan dan untuk menghindari unsur pilih kasih dan ketidakadilan dalam diri mereka sendiri. Sebagai contoh menjadi pemimpin dalam pekerjaan atau tugasan pekerjaan. Kita perlu membahagikan kerja yang tidak sekata dalam kumpulan di sana kawan-kawan kita yang terbaik. Socrates menyatakan bahawa keadilan berbuat baik kepada sahabat dan musuh. Keadilan terhadap negara pula adalah berkaitan dengan seorang pemimpin dan sesebuah negara itu. Akhirnya, kita perlu mengamalkan nilai-nilai yang baik sebagai adil dalam kehidupan seharian. Di dalam kerajaan, sikap yang adil mesti wujud kerana ia adalah tonggak kepada pembentukan dan kekuatan sebuah negara. Komunikasi yang efektif juga mesti wujud di antara kerajaan dan rakyat untuk memastikan keadilan dapat dicapai.

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) Buku The Republic yang mana ianya di tulis oleh tokoh yang terkenal dalam pelbagai bidang iaitu Plato. Plato menceritakan dalam buku tersebut mengenai keadilan yang perlu di tegakkan oleh setiap manusia bagi mendapatkan hak yang sepatutnya di perolehi. Menurutnya terdapat banyak faedah yang akan di perolehi apabila manusia menjadi lebih adil dengan mengaplikasikan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian. Dalam buku tersebut terdapat dua jenis keadilan yang perlu di ketahui iaitu pertama keadilan individual dan kedua keadilan dalam sesebuah negara. Menurut Socrates dalam buku tersebut bagaimana keadilan dan pemerintahan mampu untuk menghubungkan seseorang individu dengan individu yang lain dalam kehidupan bermasyarakat. Keadilan akan dapat di capai melalui nilai yang jujur dalam sesuatu pemerintahan yang akan dapat membantu dalam memajukan kehidupan dalam masyarakat. Socrates menyatakan terdapat empat kaedah yang dapat menjadikan negara itu ideal dari segi pemerintahan iaitu keberanian, kebijaksanaan, kesederhanaan dan keadilan. Melalui kebijaksanaan dalam setiap pemerintahan ianya akan dapat membantu untuk mencari kebenaran bagi menyelesaikan masalah atau isu yang di hadapi oleh individu atau dalam masyarakat tersebut.

Menurut Verone Sue Mangun (2018) Republik adalah sebuah buku yang telah ditulis oleh Plato pada sekitar tahun 427-348 SM dimana, buku tersebut terbahagi kepada 10 bahagian. Tema utama dalam buku yang ditulis oleh plato ini adalah tentang keadilan. Terdapat 2 jenis keadilan iaitu keadilan individual dan keadilan dalam negara. Socrates menafikan definisi keadilan Cephalus dengan memetik beberapa contoh di mana ia bukan hanya untuk mengatakan kebenaran atau untuk membayar hutangnya. Plato juga menegaskan bahawa keadilan berbuat baik kepada sahabat dan kejahatan terhadap musuh. Socrates menafikan definisi ini dengan menegaskan bahawa manusia adil tidak pernah melakukan kejahatan bahkan kepada musuh-musuhnya. Socrates menyatakan terdapat empat kaedah yang dapat menjadikan negara itu ideal dari segi pemerintahan iaitu keberanian, kebijaksanaan, kesederhanaan dan keadilan. Melalui kebijaksanaan dalam setiap pemerintahan ianya akan dapat membantu untuk mencari kebenaran bagi menyelesaikan masalah atau isu yang di hadapi oleh individu atau dalam masyarakat tersebut.

Menurut Satria Bin Salim (2018), buku the repbulik adalah ditulis oleh Plato untuk keadilan yang perlu ditegakkan oleh setiap manusia yang ada dimuka bumi ini. Menurutnya terdapat banyak faedah yang diperolehi apabila berlaku adil kepada setiap insan dimuka bumi ini. Dua pekara penting keadilan yang ditulis dalam buku tersebut antaranya ialah keadilan individual dan keadilan dalam sesebuah negara. Manakal Menurut Socrates bagaimana keadilan dan pemerintahan itu dapat menghubungan antara satu individu dengan individu yang lain. Keadilan itu berlaku disetiap insan yang profesional dalam melakukan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Nyatanya lagi, empat kaedah baik negara itu ideal pemerintahannya iaitu keberanian, kebijaksanaan, kesederhanaan dan keadilam. Kesemua elemen ini perlu bersatu dalam menangani apa-apa krisis yang berlaku dalam negara. Pentadbiran negara akan baik apabila pemimpinnya ada empat ciri ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...