Khamis, 8 November 2018

Is education a waste of time for married women? (1961) | RetroFocus




Falsafahkan?



Menerusi dua video ini yang mengkonsepkan Falsafah Komunikasi . Namun kami cuba mengulas dua video ini dengan pengetahuan yang faham tentang apa itu Falsafah Komunikasi.





Menurut Azad (2018), Video 1 bagi saya ia adalah berkaitan dengan bagaimana cara kita untuk mencapai apa yang kita mahu. Dalam erti kata lain tidak perlu mendengarkan kata-kata orang lain. Manakala,Video 2 pula pada pendapat saya, pendidikan adalah satu kepentingan yang perlu di niatkan dalam diri sendiri dan orang lain. Pendidikan bukalah satu pembaziran masa. Maka, wanita yang sudah berkhawin yang mencari dan menimba pendidikan sebenarnya tidak lah membazirkan masanya malah ia adalah lebih baik. 
Benar walaupun tugas wanita lebih kepada suri rumah namun pendidikan pada era ini adalah sangat penting kepada golongan wanita. Wanita yang kurang mempunyai pendidik akan mudah dipergunakan oleh golongan lain. Sebagai seorang wanita perlu mendapatkan lebih banyak pengetahuan tidak kira di mana anda berada sekarang. Menikah bukanlah sebab untuk berhenti belajar dan dididik.

Bebeza pula Pendapat yang diberikan oleh Ag Muhammad Hassan, menurut Hassan (2018), pendidikan adalah amat tidak membuang masa. namun ia perlu bertepatan dengan bidang yang diceburi. maksud saya di sini ialah mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minati. sudah tidak relevan mengatakan bahawa wanita tidak perlu menyambung pelajaran, dan hanya akan duduk di rumah menjaga anak-anak, wanita bijak mengatur masa. pendidikan amat penting kepada manusia. sabda Nabi kita sendiri 'اُطْلُبُوْا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ، فَإِنَّ طَلَبَ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ' (tuntutlah ilmu meskipun hingga ke negeri China, kerana mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim)'. pendidikan amat penting, kerana ilmu penyuluh hidup.


Pendapat yang sama dikeluarkan oleh Saudara Erwan Bin Percy dimana dia menyatakan pendapatnya pada video kedua. Menurut Erwan (2018)kenyatan pendidikan hanyalah membuang masa bagi wanita yang telah berkawin adalah salah. Seperti yang kit lihat pada masa kini,ramai wanita yang telah berkawin sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi kerana lebih menyedari pentingnya pendidikan walaupun mempunyai komitmen terhadap keluarga dan anak-anak. Hal ini kerana wanita mampu membahagikan masa dengan baik dan bijaksana seperti melakukan kerja-kerja rumah sambil belajar. Ramai golongan wanita yang telah berkahwin mementingkan pendidkkan tanpa mengira usia dan juga status mereka. Hanya pendidikan yang mampu mengubah taraf kehidupan seseorang dan persediaan untuk mendapatkn kehidupan yang lebih baik serta membantu menstabilkan keadan ekonomi keluarga.

Selain itu, Nurshaimah binti Samsudin, dia menyangkal dimana pendidikan sebenarnya adalah sangat penting kepada semua orang tidak mengira jantina atau usia. Menurut Nurshaiman (2018)Pendidikan merupakan elemen yang penting dalam kehidupan tanpa mengira jantina, usia dan status mereka. Untuk video 2, golongan wanita yang telah berkahwin melanjutkan pelajaran adalah perkara biasa pada zaman yang semakin canggih ini dan bukannya membuang masa. 
Hal ini kerana wanita bijak mengatur masa untuk keluarga dan juga pelajaran. sebagai contohnya, kita melihat wanita yang telah berkahwin bijak melakukan kerja-kerja rumah di samping kerja lain seperti belajar atau melakukan kerja sampingan. Selain itu, Wanita seharusnya mempunyai kerjaya sendiri dan lebih berdikari. Tak semestinya wanita yang telah berkawin hanya duduk d rumah sahaja.Tambahan lagi,tiada salahnya untuk wanita yang telah berkahwin sambung belajar untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik dengan adanya pendidikan yang lebih tinggi.

Menurut Satria Salim(2018)mencari atau menuntut ilmu tidak kira di institusi pendidikan mana pun amat tidak merugikan mahupun membazirkan masa kita. Hal ini kerana, tanpa ilmu didada siapa lah kita sebagai seorang yang bergelar manusia di muka bumi ini. Pencarian ilmu adalah sangat penting bagi setiap insan dalam menambahkan pengetahuan dari segi intelek dan sebagainya. Manakala video yang kedua, pendidikan penting bagi semua tidak kira lelaki mahupun perempuan. Walaupun wanita tersebut sudah berkahwin meneruskan dalam mencari ilmu tidak dihalang oleh mana-mana pihak selagi mana seorang wanita tersebut masih mahu melanjutkan dalam mencari ilmu pendidikan dan sebagainya.Ianya akan dapat memupuk berfikir secara rasional dan berfalsafah. 

Menurut Erwan Percy (2018), kenyatan pendidikan hanyalah membuang masa bagi wanita yang telah berkawin adalah salah. Seperti yang kita lihat pada masa kini,ramai wanita yang telah berkawin sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi kerana lebih menyedari pentingnya pendidikan walaupun mempunyai komitmen terhadap keluarga dan anak-anak. 
Hal ini kerana wanita mampu membahagikan masa dengan baik dan bijaksana seperti melakukan kerja-kerja rumah sambil belajar. Ramai golongan wanita yang telah berkahwin mementingkan pendidkkan tanpa mengira usia dan juga status mereka. Hanya pendidikan yang mampu mengubah taraf kehidupan seseorang dan persediaan untuk mendapatkn kehidupan yang lebih baik serta membantu menstabilkan keadan ekonomi keluarga.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), Video 1: Removed 
Video 2: Bagi video kedua, berkenaan pendidikan yang memberikan pembuangan masa terhadap wanita yang sudah berkahwin, ia adalah sesuatu yang tidak sesuai kerana pendidikan adalah pilihan. Selain itu, seperti yang dinyatakan dalam video, pendidikan akan membantu memajukan individu dalam pelbagai cara dan dalam konteks ini, pendidikan dapat membantu wanita yang sudah berkahwin menjadi lebih teratur sepanjang berada di sana untuk anak-anak dan keluarga mereka pada masa yang sama. Dalam menentang pandangan yang menyatakan bahawa wanita yang sudah berkahwin harus tinggal di rumah dan menumpukan perhatian kepada keluarga mereka, saya percaya ia adalah perkara utama. Ini kerana sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin, dia kini mempunyai peranan seorang isteri dan mungkin seorang ibu. Sebagai seorang ibu, prioriti pertama mereka akan sentiasa menjadi keluarga mereka. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk mengatakan bahawa mereka harus benar-benar meninggalkan segala-galanya seperti pendidikan di belakang untuk semata-mata berada di rumah untuk keluarganya. Wanita berkahwin masih boleh berada di sana untuk keluarganya walaupun memegang tanggungjawab lain seperti meneruskan pendidikan mereka.

Video 3: Dalam video 3, terdapat penekanan yang lebih tinggi terhadap sikap umum dan kemahiran sosial berbanding dengan pendidikan tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui perspektif Elon Musk bahawa walaupun pendidikan dan kualifikasi yang lebih tinggi mungkin menunjukkan potensi orang ini dapat mencapai sesuatu yang hebat. Seperti yang dinyatakan, beliau berkata bahawa adalah lebih baik bagi seorang individu untuk memiliki kemahiran yang dapat menyelesaikan masalah kerana ia akan memberi manfaat kepada seseorang individu dalam jangka masa yang panjang. Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan ini kerana sikap ini boleh dibawa ke banyak bidang termasuk pendidikan. Walau bagaimanapun, saya tidak bersetju bahawa pendidikan adalah satu pembaziran masa, tetapi sebaliknya adalah suatu keistimewaan dan melainkan jika kita dapat menyedari itu, kita tidak akan tahu betapa berharganya pendidikan.


Menurut Nazirah Lamjad (2018)Video pertama- telah dipadam 
Video kedua- berdasarkan video yang telah saya tonton, adalah tidak salah bagi kaum wanita untuk meneruskan pelajaran walaupun sudah berkahwin. Tetapi ada yang memandang negatif terhadap perkara tersebut kerana ianya di anggap membuang masa. Dari sudut positifnya bagi pendapat saya sendiri, melanjutkan pelajaran bagi wanita adalah tidak salah dan membuang masa sama sekali kerana apabila kita lihat pada zaman moden ketika ini, sudah ramai wanita yang menyambung pengajian walaupun mereka telahpun berumah tangga. Ini kita boleh lihat dari sudut kemampuan dan bagaimana mereka mengatur masa dengan bijak. Oleh itu, menuntut ilmu bagi kaum wanita adalah tidak salah kerana sesiapa pun layak menerima pendidikan tidak mengira peringkat umur

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) menuntut ilmu itu adalah sangat penting kerana tanpa ilmu manusia tidak akan mengetahui apa-apa perkara dalam sesuatu bidang dan juga dalam menjalani kehidupan seharian. Ilmu perlu di timba tidak mengira usia kerana ilmu boleh membina diri ke arah yang lebih berpendidikan dan maju dari segi intelektual. Semakin banyak ilmu yang diperolehi semakin banyak masalah yang akan dapat di selesaikan dan ini akan membantu manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan aman. Setiap manusia perlu menimba ilmu, kerana ilmu merupakan kunci untuk mencapai objektif yang ingin di kecapi. Ilmu boleh diperolehi di mana-mana selagi ilmu itu dapat memberikan manfaat kepada diri dan juga orang lain. Pendidikan adalah sangat penting kerana ianya akan dapat membantu manusia untuk mencapai kejayaan dalam hidup di samping dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baik dan banyak kepada diri sendiri.

Menurut Verone Sue Mangun (2018) Pendidikan tidak boleh menjadi halangan bagi wanita untuk berkahwin kerana pendidikan dilihat sebagai salah satu alat yang paling penting bagi wanita yang ingin bekerja dalam kedudukan yang lebih tinggi. Namun, ini tidak boleh dilihat sebagai keperluan bagi wanita tertentu. Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa mendapatkan pendidikan adalah subjektif kepada seseorang dan tidak boleh dianggap sebagai penghalang untuk berkahwin.

Goampre Bayoh (2018) Mendapatkan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara formal dan juga tidak formal. Mendapatkan pendidikan secara formal tanpa keperluan bagi seorang wanita yang sudah berkahwin boleh dikatakan sesuata yang membazir masa kerana pendidikan juga boleh diperoleh secara tidak formal. Sebagai contoh, membuat pembacaan buku sudah memadai untuk mendapatkan ilmu. Ditambah lagi dengan teknologi pada masa kini seperti internet yang menyediakan dan menggalakkan perkongsian maklumat memudahkan lagi sesiapa sahaja mendapatkan ilmu yang mungkin hampir sama dengan yang diajar di sekolah atau IPT.

Satria Bin Salim (2018)

Mendapatkan pendidikan dengan dua cara iaitu, secara formal dan tidak formal. Pendidikan secara formal tanpa keperluan bagi seseorang wanita yang sudah berkahwin boleh dikatakan akan membazir masa kerana pendidikan juga boleh diperolehi secara tidak formal. Pada masa kini, setiap insan yang ingin berjaya hanya terletak pada diri masing-masing. Apabila ingin berjaya terserah kepada keyakinan, kebolehan dan keberanian dalam mengharungi liku-liku perjalanan untuk mengejar apa yang diimpikan. Oleh itu, wanita yang sudah berkahwin untuk berjaya itu walaupun tidak mendapat pendidikan secara formal cita-cita akan dapat dicapai apabila usaha itu berterusan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...