Selasa, 25 Disember 2018

Another series of "easy watch" videos on philosophy,

https://www.youtube.com/watch?v=1A_CAkYt3GY

Teruskan membincangkan tentang Falsafah.


Menurut Nazirah Lamjad (2018)Persoalan falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai isi dalam falsafah. Persoalan falsafah sentiasanya disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia memerlukan pemikiran yang bersungguh-sungguh.

Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselasaikan melalui kaedah pengamatan ataupun kaedah sains. Biasanya, persoalan falsafah akan melibatkan persoalan tentang konsep, idealogi, dan juga perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh persoalan falsafah seperti

“apakah itu kebenaran?”

“apakah itu pemikiran?”

“apakah ilmu pengetahuan?”
“apakah itu kehidupan?”
Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada soalan yang baik, ataupun soalan yang mempunyai nilai kefalsafahannya. Ini adalah kerana soalan yang baik menjanjikan jawapan yang baik. Contohnya, soalan epistemologi yang ditanyakan pada zaman dulu-dulu seperti "apakah kebenaran?, apakah ilmu pengetahuan?" sebenarnya telah memajukan sains dan teknologi manusia.


Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), falsafah adalah tunjang untuk mencipta suatu keputusan. Falsafah tujuannya untuk mencari kebenaran melalui kajian yang dijalankan secara pemikiran kritikal melalui persoalan yang timbul. Falsafah tidak memandang apa yang orang lain fikir tentang pendapat kita, tetapi tentang pemahaman kita tentang dengan sesebuah perkara dan kaedah untuk mencari kebenaran terhadap sesebuah tanda tanya yang bermain difikiran. Salah satu cabang falsafah yang paling disukai adalah Metafizik. Ia mengkaji sifat realiti. Ia mengkaji asas dunia, manusia dan alam semula jadi. Sebaliknya, kajian epistemologi mengenai sifat dan skop pengetahuan. Ia menjalankan soalan seperti 'apakah dunia benar-benar apa yang saya fikir?' atau 'Adakah terdapat laluan yang sains tidak dapat berjalan? Falsafah mempunyai 'pertanyaan' sendiri seperti 'Bagaimana jika saya salah?' atau 'Bagaimana saya tahu jika saya salah?' Pensyarah menyatakan bahawa soalan-soalan seperti ini akan sentiasa muncul dan tidak salah untuk berfikir begitu. Terdapat falsafah untuk membantu kita bingkai pemikiran kita dengan cara yang lebih jelas. Teori ini dikenali sebagai 'Teori Nilai'. Teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu etika dan estetika. Ia memberi tumpuan kepada apa yang betul dan apa yang cantik. Oleh kerana manusia sememangnya tertarik kepada kecantikan dan seni, beberapa jawapan mungkin tidak memerlukan soalan, melainkan ia bergantung kepada kebenaran objektif. Oleh itu, ini dikenali sebagai logik kerana ia lebih kepada pemikiran subjek

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) falsafah adalah merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji untuk mencari kebenaran yang sahih berdasarkan kepada isu atau masalah yang ingin dirungkai menggunakan akal fikiran sendiri demi untuk mencari penyelesaian terhadap isu dan masalah yang timbul. Melalui falsafah ianya akan dapat membantu manusia untuk merungkai pelbagai masalah yang di hadapi oleh masyarakat pada masa kini serta membantu untuk membina pemikiran manusia ke arah pemikiran yang lebih terbuka dan meluas berdasarkan kepada persoalan yang ingin di kaji. Selain itu, falsafah juga akan membantu manusia untuk berfikir dengan lebih tepat dan sahih berdasarkan persoalan yang ingin di kaji bagi mendapatkan jawapan untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul. Kesimpulannya, falsafah adalah sangat penting untuk di cipta dan di bina kerana ianya akan dapat membantu manusia untuk mencari kebenaran terhadap sesuatu perkara yang ingin di kaji.


Menurut Verone Sue Mangun (2018) Falsafah tidak memandang apa yang orang lain fikir tentang pendapat kita, tetapi tentang pemahaman kita tentang sesebuah perkara dan kaedah untuk mencari kebenaran terhadap sesebuah tanda tanya yang bermain difikiran. Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah. Salah satu cabang falsafah yang paling disukai adalah Metafizik. Ia mengkaji sifat realiti. Ia mengkaji asas dunia, manusia dan alam semula jadi. Sebaliknya, kajian epistemologi mengenai sifat dan skop pengetahuan. Ia menjalankan soalan seperti 'apakah dunia benar-benar apa yang saya fikir?' atau 'Adakah terdapat laluan yang sains tidak dapat berjalan? Falsafah mempunyai 'pertanyaan' sendiri seperti 'Bagaimana jika saya salah?' atau 'Bagaimana saya tahu jika saya salah?' Terdapat falsafah untuk membantu kita bingkai pemikiran kita dengan cara yang lebih jelas. Teori ini dikenali sebagai 'Teori Nilai'. Teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu etika dan estetika. Ia memberi tumpuan kepada apa yang betul dan apa yang cantik. Oleh kerana manusia sememangnya tertarik kepada kecantikan dan seni, beberapa jawapan mungkin tidak memerlukan soalan, melainkan ia bergantung kepada kebenaran objektif. Oleh itu, ini dikenali sebagai logik kerana ia lebih kepada pemikiran subjek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...