Khamis, 27 Disember 2018

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3)
CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Komunikasi merupakan satu proses penyampaian yang dilakukan dari individu atau kumpulan ke individu atau kumpulan yang lain dimana dalam konteks komunikasi ini menjurus kepada perkara untuk memberitahu, mengemukakan pendapat dan mengubah tingkah laku individu berkenanan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung ( Lydia harlina martono & satya joewana 2008). Hal ini kerana, komunikasi sangat penting  dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, komunikasi juga dapat dikaitkan dengan falsafah komunikasi dengan pertuturan kata yang bijaksana  yang berupaya untuk mengambarkan komunikasi itu sendiri.

 Menurut Fletcher (1966), menyatakan bahawa etika adalah salah satu daripada falsafah membantu untuk membentuk dan menentukan ciri-ciri perlakuan yang betul dan bidang amalan yang dipilih adalah perhubungan  awam.  Oleh hal yang demikian, perhubungan awam ditakrfikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan dan dirancang iaitu sesebuah organsasi akan mencari jalan untuk mendapatkan dan mengelakkan persefahaman, simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Pencorakkan etika dalam bidang perhubungan awam ini adalah dengan kemahiran professional dapat dilihat dari segi tahap dan potensi professionlisme yang tinggi dalam pelaksanaan tugas komunikasi secara berterusan, serta mempunyai tahap ilmu dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

Tambahan lagi,  penampilan imej menjadi salah satu daripada cara untuk mencorakkan komunikasi itu sendiri, dimana dengan menjaga keterampilan imej dan sahsiah rupa diri sebagai penantara atau juru cakap yang lebih beretika. Corak yang ketiga, yang diguna pakai dalam bidang perhubungan awam ini dengan displin yang tinggi  dalam menjalankan tugas supaya profesion perhubungan sentiasa mendapat perhatian dan sajungan kumpulan sasaran.

Jelaslah disini bahawa corak komunikasi dalam bidang amalan yang dipilih iaitu perhubungan awam sangat penting bagi mengambarkan etika komunikasi perhubungan awam itu sendiri. Oleh itu, perhubungan awam harus menitik beratkan etika komunikasi ini dalam pekerjaan mereka.

KEBERBALOIAN BERTEGAS PADA KEBENARAN DALAM MELAPORKAN BERITA DAN MENGHASILKAN IKLAN


Mohamad Azad (2018)
Dalam dunia kewartawan dan juga perhubungan awam sering diperkatakan tentang kebenaran dan keadilan yang sering diungkapkan dalam penghasilan berita dan iklan. Namun, sejauhmanakah kebenaran yang ditonjolkan kedalam dua perkara tersebut. 

Menjawab kepada persoalan yang dinyatakan, 
Ya, kebenaran sudah tentu diperlukan untuk menghasilkan sesebuah berita dan iklan. Hal ini kerana ketegasan dalam mencipta sebuah berita adalah sangat penting. Berita merupakan maklumat yang akan diterima oleh masyarakat umum. Menurut Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) menegaskan bahawa sebarang laporan yang palsu atau kurang tepat, penyebaran maklumat yang tidak benar yang mana boleh mengganggu serta menggugat keamanan dan kestabilan negara merangkumi aspek ekonomi dan keselamatan nasional akan diambil tindakan tegas. Di sini kita sudah dapat melihat betapa harusnya kebenaran dalam penghasilan sesebuah berita tersebut.   

Para wartawan yang menghasilkan berita perlu telus dalam menghasilkan berita, Wartawan umpama penghubung kepada masyarakat untuk mengetahui kebenaran tentang dunia luar melalui penyebaran berita. Jika berita yang dihasilkan mempunyai maklumat palsu, maka masyarakat juga akan menerima maklumat palsu. 


Berbaloikah? Ya, sudah pasti berbaloi apabila berita yang menekan kebenaran dilaporkan kerana tiada hasil penipuan akan berlaku dalam era ini. Pelaporan-pelaporan berita yang bersikap telus akan membuatkan industri kewartawan di percayai oleh masyarakat umum. 


        Secara kesimpulannya, kebenaran adalah amat penting dalam menyampaikan sebarang berita agar masyarakat akan mendapat berita dan maklumat yang tepat dan sahih. Walaubagaimanapun, pelaporan berita juga harus mengikut kod etika kewartawan supaya ia tidak akan menyentuh mana-mana sentiviti kaum di Negara tersebut. Etika Kewartawanan Malaysia pada umumnya, menerangkan hubungan wartawan dengan masyarakat persekitarannya, peranannya mengekalkan keamanan kestabilan negara dan imej wartawan yang berwibawa, berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap negara dan masyarakat.

Prinsip Rukun Negara, teras dan garis panduan hidup masyarakat Malaysia, diutamakan dalam Etika Kewartawanan Malaysia kerana masalah perkauman, ketaksuban agama, kestabilan dan keselamatan negara. Usaha mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia juga dihuraikan secara terperinci dalam prinsip Rukun Negara.

Kaum wartawan Malaysia yang menerima Etika Kewartawanan Malaysia bererti bersetuju menghormati prinsip-prinsip terkandung dalam Rukun Negara:

i) Kepercayaan kepada Tuhan
ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
iii) Keluhuran Perlembagaan,
iv) Kedaulatan Undang-Undang, dan
v) Kesopanan dan Kesusilaan.

Kecuaian untuk menghormati prinsip-prinsip tersebut menampakkan sikap tidak atau kurang bertanggungjawab ketika menjalankan profesionnya dan keadaan ini boleh menjejaskannilai moral dan akhlak seseorang wartawan.




Iklan pula, iklan pada awalnya ialah memberikan maklumat kepada masyakarat berkaitan dengan apa-apa yang ingin diiklankan. Namun pada masa kini, iklan dianggap satu perkara yang bisa menghasilkan mata pencarian. Tidak semua iklan mempunyai kebenaran. Namun begitu, ketegasan dalam kebenaran dalam iklan harus dipraktikan. 

Berdasarkan falsafah dari agama Konfusiusme, mereka akan menegakkan kebenaran walaupun dalam bidang periklanan. 



Berdasarkan nilai Yi ini, keadilan dan kebenaran adalah satu teras utama kepada kebajikan manusia.

Jika dilihat dalam konteks komunikasi periklanan, sesebuah iklan yang dihasilkan perlulah mengandungi maklumat atau informasi yang benar dan tepat.

Sebagai pengamal media, individu perlu memaparkan maklumat yang benar ketika menghasilkan iklan untuk tontonan khlayak.

Iklan merupakan bayangan awal kepada khalayak mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Oleh itu, iklan yang disampaikan bukan sahaja perlu menarik perhatian tetapi informasi yang dipaparkan adalah benar dan tepat.




CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...