Selasa, 25 Disember 2018

Lecture 3—Philosophy of Communication with Dr. Greg Kielmeyer



Mohamad Azad Hafiz (2018)
Hasil daripada menonton video tersebut, saya dapat melihat dimana komunikasi berasal daripada Tuhan. Sama seperti yang diperkatakan oleh Dr Greg Kielmeyer iaitu komunikasi berasal daripada Tuhan. Apa yang dihujahkan adalah tentang Nabi Adam merupakan lelaki pertama yang diturunkan ke bumi dan tidak tahu berkomunikasi kerana tidak ada sesiapa yang mengajarnya. Namun begitu, pemberian mikjizat daripada Allah, Nabi Adam mampu berkomunikasi dengan baik walaupun belum ada Bahasa yang wujud pada masa itu.

Pada masa yang sama, video ini juga menerangkan bahawa manusia harus menggunakan ilmu yang dimiliki dengan baik dan bermanfaat kepada orang lain tanpa mengira pangkat semua lapisan masyarakat. Dalam video ini juga terdapat satu maksud yang tersurat dimana ia mengajar manusia untuk menggunakan ilmu komunikasi dengan betul.

Menurut Nazirah Lamjad (2018), apa yang dapat saya simpulkan daripada video di atas adalah, wujudnya komunikasi sejak awal lagi iaitu semasa Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi. Menurut Harrub, Thompson dan Miller, Nabi Adam adalah merupakan manusia yang pertama mempelajaribahasa dan melalui bahasa inilah Adam berkomunikasi dengan Tuhan sehinggalah diciptakan Hawa sebagai teman berkomunikasi Adam ketika itu. Oleh itu, melalui video ini saya dapat lihat bahawa ia memberi pengajaran kepada kita di mana pentingnya berkomunikasi dengan baik dan memanfaatkan ilmu yang di pelajari dengan sebaik-baiknya.

Erwan Percy (2018)

Berdasarkan pemahaman saya melalui video di atas asal usul komunikasi dikatakan wujud dari Tuhan Maha Pencipta. Lelaki pertama yang diturunkan adalah Adam tanpa mengetahui sebarang Bahasa dan tidak boleh berkomunikasi. Namun begitu, atas keizinanNya, Adam boleh berkomunikasi untuk memudahkan berhubung dengan yang lain.

Selain itu, video ini juga menjelaskan bahawa manusia seharusnya menggunakan ilmu yang ada dengan baik da bermanfaat kepada yang lainnya. Penggunaan Bahasa perlulah sesuai untuk memudahkan berkomunikasi dengan yang lain. Hal ini demikian, penting untuk memahami mesej yang disampaikan dengan lebih mudah. Oleh itu, Bahasa yang sesuai dapat menyampaikan mesej yang jelas dan dapat berkongsi pendapat dari pelbagai pihak yang boleh menghasilkan idea yang lebih baik.

MOHD DANIAL BIN DANI (2018)

MOHD DANIAL BIN DANI (BA16160921) Berdasarkan daripada video tersebut, komunikasi adalah berasal daripada Tuhan di mana ini di jelaskan oleh Dr Greg Kielmeyer sendiri. Dalam kandungan video tersebut Nabi Adam a.s adalah merupakan lelaki pertama yang diturunkan ke bumi dan pada mulanya Nabi Adam a.s tidak tahu berkomunikasi dengan betul kerana tidak ada sesiapun pada masa itu mengajarnya. Namun dengan kuasa tuhan akhirnya Nabi Adam a.s dapat berkomunikasi dengan mudah dan lancar. Ini menunjukkan segalanya adalah datang daripada tuhan termasuk bagaimana kita hendak berkomunikasi bersama manusia yang lain. Kandungan yang tersirat dalam video ini menerangkan bahawa manusia harus menggunakan ilmu yang dimiliki dengan sebaiknya dan menggunakannya ke jalan yang betul untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain. Selain itu, ilmu dalam komunikasi juga perlu lah di gunakan dengan sebaiknya agar setiap maklumat dan mesej yang di sampaikan dapat di fahami dengan mudah oleh pendengar dan juga masyarakat yang lain.

RABIATUL ADAWIAH BINTI RAMLEE (2018)

Berdasarkan video yg ditayangkan, ia membawa maksud bahawa komunikasi pada awalnya berlaku ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi. Mengikut tradisi kristian daripada Harrub, Thompson dan Miller menyatakan bahawa hidupan pertama yang memulakan komunikasinya dengan bahasa adalah Nabi Adam A.S dan Adam A.S telah mempelajari bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi tersebut daripada Tuhan dan berkomunikasi antara satu sama lain. lalu diciptakan Hawa merupakan temannya berkomunikasi.

VERONE SUE MANGUN (2018) 

Dapat saya simpulkan dari menonton video tersebut, komunikasi wujud sejak awal lagi iaitu semasa Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi. Apa yang telah diperkatakan dalam video ini ialah tentang Nabi Adam merupakan lelaki pertama yang diturunkana ke bumi tanpa mengetahui cara untuk berkomunikasi. Tetapi, dengan kuasa Allah, Nabi Adam mampu untuk berkomunikasi untuk memudahkan beliau berhubung dengan yang lain. Video ini juga menekankan bahawa manusia perlu memanfaatkan ilmu yang ada dengan baik. Jelaslah video ini memberi pengajaran kepada saya pentingnya untuk memanfaatkan komunikasi dan mempelajari ilmu dengan sebaik mungkin.

Satria bin salim (2018)

Melalui video ini, komunikasi wujud sejak awal lagi semasa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi lagi. Apa yang disampaikan melalui video ini adalah, Nabi Adam merupakan lelaki pertama yang diturunkan ke bumi ini tanpa mengetahui cara untuk berkomunikasi. Namun, dengan kekuasaan ilahi Nabi Adam mampu untuk berkomunikasi dengan cara yang baik dengan pendengar. Video ini menyampaikan bahawasanya manusia yang ada dimuka bumi ini perlu menambahkan ilmu komunikasi yang baik agar setiap penyampaian maklumat itu berkesan tanpa ada gangguan apa-apa. Seperti, penggunaan ayat yang sukar difahami dan suara yang tidak jelas. Jelas video ini menyatakan, ilmu komunikasi itu wajib ada pada diri setiap insan yang ada didunia ini tanpa mengira dengan umur, pangkat dan sebagainya.

Goampre Bayoh (2018)

Berdasarkan video, menjelaskan bahawa komunikasi datang dari Tuhan apabila mencipta  Adam. Adam tidak belajar bahasa komunikasi dengan Tuhan. Orang percaya bahawa kuasa Tuhan menyebabkan wujudnya komunikasi. Sebapnya ialah manusia memerlukan komunikasi untuk berinteraksi dengan sesama.

Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (BA16160902)  

Komunikasi pertama yang pernah terjadi di bumi adalah antara Tuhan dan Adam. Adam, yang merupakan manusia pertama di bumi yang dicipta oleh Tuhan. Adam mempunyai kebolehan komunikasi dengan tuhan. Tuhan membiarkan kita berkomunikasi dengan satu sama lain. Komunikasi berperanan penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa komunikasi, orang tidak tahu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain. kita perlu berkomunikasi dengan cara yang betul untuk mengelakkan sebarang salah faham dan kesilapan. Oleh itu, kita harus bersyukur kepada Tuhan atas rahmatNya.


1 ulasan:

  1. saya melihat keaktifan rakan-rakan saya untuk menjelaskan tentang Philosophy of Communication sangatlah teratur. Namun kepada saudara danial, bolehkah saudara menerangkan lebih lanjut tentang perkara yang ingin diisukan.

    BalasPadam

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...