Selasa, 25 Disember 2018

Sense of the article (CALUNIV.AC.IN)

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), artikel ini menyatakan bahawa komunikasi yang baik memberikan suatu konotosi berbeza terhadap individu yang berbeza dalam konteks yang berbeza. 

Artikel ini adalah berkrnaan dengan komunikasi yang mempunyai seni di mana telah ia adalah penting dalam kehidupan sejak dahulu kala lagi. Komunikasi memberikan kita interaksi sosial di antara masyarakat dan seterusnya dapat merapatkan hubungan masyarakat dengan lebih erat.

Artikel ini juga memberikan perbezaan maksud atau takrifan adalah wujud kerana konteks yang berbeza dalam setiap orang. Komunikasi membawa maksud yang berbeza kepada masyarakat namun secara keseluruhannya ianya adalah proses menyampaikan sesuatu maklumat terhadap orang lain.

Pemprosesan dalam menyampaikan maklumat adalah sabgat penting agar seorang individu tersebut memahami suatu perkara yang diperkatakan untuk mengelakkan segala kekeliruan.

Di sini, ia membawa maksud bahawa seorang penyampai seharusnya lebih profesional dalam menyampaikan mesej kepada orang lain agar tiada perkara yang negatif yang berlaku disebabkan kesalahfahaman yang berlaku.



Menurut Erwan Percy (2018), berdasarkan artikel ini dapat saya simpulkan bahawa komunikasi yang baik adalah komunikasi yang mempunyai konotasi yang berbeza kepada orang yang berbeza dalam konteks yang berbeza. Hal ini kerana, melalui komunikasi dapat mewujudkan masyarakat yang dapat berinteraksi untuk merapakkan hubungan sesame sendiri. Oleh itu, penyampaian maklumat adalah penting untuk mengelakkan sebarang kesalahfahaman berlaku. Komunikasi yang baik akan memastikan mesej yang disampaikan dapat diterima dengan baik oleh penerima mesej tersebut. Oleh hal yang demikian, penyampai mesej perlu menggambil kira tentang halangan yang boleh menggangu maksud mesej yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, penggunaan tatabahasa, antonasi, nada suara dan persekitaran merupakan perkara yang perlu di ambil kira untuk memastikan mesej tersebut sampai dengan baik.


Menurut Mohamad Azad(2018) pula, artikel ini, ia menyatakan tentang keunikan komunikasi yang baik adalah mempunyai konotasi yang berbeza untuk individu yang berlainan dalam konteks yang berbeza. Seni komunikasi yang berjaya telah menjadi barisan kehebatan intelektual manusia. Inti setiap kaedah komunikasi mungkin sifat utilitariannya - dengan kata lain, komunikasi sekurang-kurangnya bermaksud melayani nilai tujuan yang ketat.

Dalam konteks ini, bacaan Natyasastra menganggap risalah karya tentang 'kenapa dan bagaimana' prestasi dramatik, ia adalah mengenai seni dan skop komunikasi awam. Natyasastra adalah orang tertua yang masih hidup di Dramaturgy India dan secara tradisinya berasal dari Bharata bijaksana, walaupun karya asalnya mengatakan dalam bab pertama bahawa ia disusun oleh Tuhan Brahma untuk dewa-dewa langit yang diperintah oleh Indra.

Walau bagaimanapun, komunikasi tidak dapat memindahkan semua nuansa dengan keinginan yang diinginkan dalam semua keadaan. Natyasastra Bharata adalah risalah mengenai komunikasi yang mengekalkan perkaitan kontemporari sejak seni berkomunikasi dengan sasaran yang heterogen adalah seperti banyak cabaran dalam teori komunikasi hari ini seperti ketika zaman klasik drama Sansekerta.


Menurut Nazirah Lamjad (2018), artikel yang Bertajuk Philosophizing Communication, bacaan oleh Natyasastra iaitu orang tertua yang masih hidup di Dramaturgy India dan secara tradisinya berasal dari Bharata bijaksana. Artikel ini ada menyentuh berkenaan seni komunikasi yang berjaya telah berada di barisan hadapan dalam usaha intelektual manusia sejak sejarah sastera kita. Ia juga ada menyentuh berkaitan komunikasi iaitu merupakan rangkaian maya perpaduan yang meletakkan seseorang individu dalam perhubungan yang bermakna antara satu sama lain. Selain itu, artikel ini juga menulis tentang tatabahasa komunikasi yang mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan dengan pemahaman kita tentang komunikasi hari ini sekaligus membuktikan bahawa keadaannya adalah amat kontemporari dalam skop dan keluasan wawasan apabila kita melihatnya dalam konteks perhubungan antara teater dan komunikasi.Artikel ini juga ada menyatakan bahawa komunikasi 'baik' mempunyai konotasi yang berbeza kepada orang yang berbeza dalam konteks yang berbeza. Selalunya, pengertian komunikasi 'baik' boleh berbeza-beza dalam konteks yang sama melibatkan orang yang berbeza. Iaitu sama ada komunikasi ini sebagai aliran maklumat daripada seorang individu kepada individu yang lain ataupun ia melibatkan proses di mana orang secara interaktif mencipta dan mengekalkan serta meluahkan perasaan melalui komunikasi.

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) berdasarkan kepada artikel tersebut, komunikasi yang baik mampu untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan mudah dan lancar tanpa adanya gangguan terhadap mesej yang ingin di sampaikan. Artikel tersebut juga menyatakan komunikasi yang baik adalah komunikasi yang mempunyaj konotasi yang berbeza kepada individu yang berbeza. Menurut Charles R Berger dan Richard J. Calabrese, komunikasi adalah merupakan perbuatan yang bertujuan untuk mengurangkan kemusykilan atau ketiadakpastian hubungan, baik dari segi peribadi dan masyarakat. Artikel ini menyatakan takrifan komunikasi adalah berbeza bagi setiap orang dan memahaminya dari konteks yang berbeza. Ia bergantung kepada penerimaan yang diperolehi hasil daripada maklumat yang di tafsirkan. Pada pendapat saya, penyampaian maklumat yang jelas dan terperinci akan membantu untuk memastikan mesej yang di sampaikan dapat difahami sepenuhnya oleh penerima dan mampu untuk memproses mesej tersebut dengan lebih mudah. Kegagalan dalam menyampaikan mesej akan mengubah maksud daripada mesej tersebut dan juga menyebabkan penerima sukar untuk memahami kandungan mesej yang di sampaikan. Ini akan menyebabkan berlakunya salah faham antara penghantar mesej dan penerima mesej. Oleh itu, komunikator perlu mengambil tahu cara berkomunikasi yang lebih berkesan bagi memastikan mesej yang di sampaikan dapat di fahami oleh penerima. Komunikator juga perlu menggunakan medium yang sesuai untuk menyampaikan mesej dan memastikan mesej yang di hantar tidak mengalami gangguan semasa mesej di sampaikan kepada penerima.

Menurut Verone Sue Mangun (2018) Daripada artikel yang diberikan, ia menunjukkan bahawa komunikasi yang baik mempunyai konotasi yang berbeza untuk orang yang berlainan dalam konteks yang berbeza. Seni komunikasi yang berjaya telah menjadi barisan kehebatan intelektual manusia. Inti setiap kaedah komunikasi mungkin sifat utilitariannya - dengan kata lain, komunikasi sekurang-kurangnya bermaksud melayani nilai tujuan yang ketat. Kerana kita percaya pada masyarakat manusia adalah agregat individu, ada hubungan rapat dan bermakna antara satu sama lain, jadi komunikasi adalah rantai maya yang bersatu, individu untuk mengekalkan hubungan yang bermakna antara satu sama lain. Ini menjelaskan mengapa ahli teori telah berusaha untuk terus menyesuaikan seni komunikasi, untuk menjadikannya berkesan dalam konteks hubungan.

Satria Bin Salim (2018)

Artikel ini dapat dirumuskan bahawa komunikasi yang baik adalah pendengar dapat menerima dengan baik apa yang disampaikan oleh komunikator tersebut kepada mereka. Komunikasi yang berjaya apabila pendengar itu memberikan reaksi dan maklum balas kepada komunikator itu tidak kira dengan maklum balas yang positif atau negatif. Setiap manusia mempunyai gaya komunikasi yang berbeza dalam memberikan maklumat kepada pendengar. Maksudnya adalah, daripada komunikasilah hubungan antara manusia itu terjalin dan bersatu. Pelbagai pandangan daripada ahli teori yang menyatakan kemahiran dan keberkesanan komunikasi itu adalah penting disetiap manusia semasa menyampaikan sesuatu maklumat.


Goampre Bayoh (2018) Artikel menjelaskan bahawa komunikasi yang baik adalah mempunyai konotasi yang berbeza sesuai dengan orang dan konteks yang juga berbeza. konotasi merupakan kata yang yang mempunyai maksud tersendiri atau kata kias. konotasi biasanya digunakan untuk mencantikkan satu ungkapan sama ada yang berunsur positif atau negatif. Sebagai contoh, iatilah 'anak emas' yang mengambarkan individu yang menjadi pilihan. Seni bahasa ini penting agar komunikasi interpersonal menjadi lebih berkesan.  

Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (2018) Melalui artikel itu, komunikasi adalah rantaian perpaduan maya yang memelihara satu individu dalam hubungan yang bermakna dengan yang lain. Ini menjelaskan mengapa perlu terus menyesuaikan seni komunikasi secara berterusan, kerana ia menjadikannya berkesan dalam konteks hubungan interpersonal. Natyasastra Bharata adalah risalah mengenai komunikasi yang mengekalkan kaitan kontemporer sejak seni berkomunikasi dengan sasaran yang heterogen. Dengan menggunakan perspektif ini kepada risalah dramatik Sanskrit purba, ia berpendapat bahawa tatabahasa Dramaturgy yang dinyatakan dalam risalah adalah berkesan, dan tatabahasa komunikasi mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan dengan pemahaman kita mengenai komunikasi hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...