Sebagai panduan, pelajar boleh melihat serba sedikit bingkisan berkaitan pemikiran-pemikiran barat berkaitan dengan Falsafah Komunikasi. Berdasarkan pemahaman saya melalui video di atas asal usul komunikasi dikatakan wujud dari Tuhan Maha Pencipta. Lelaki pertama yang diturunkan adalah Adam tanpa mengetahui sebarang Bahasa dan tidak boleh berkomunikasi. Namun begitu, atas keizinanNya, Adam boleh berkomunikasi untuk memudahkan berhubung dengan yang lain.
Selain itu, Menurut Erwan Percy (2018),bahawa manusia seharusnya
menggunakan ilmu yang ada dengan baik da bermanfaat kepada yang lainnya. Penggunaan
Bahasa perlulah sesuai untuk memudahkan berkomunikasi dengan yang lain. Hal ini
demikian, penting untuk memahami mesej yang disampaikan dengan lebih mudah. Oleh
itu, Bahasa yang sesuai dapat menyampaikan mesej yang jelas dan dapat berkongsi
pendapat dari pelbagai pihak yang boleh menghasilkan idea yang lebih baik.
Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), artikel ini menyatakan bahawa komunikasi yang baik memberikan suatu konotosi berbeza terhadap individu yang berbeza dalam konteks yang berbeza.
Artikel ini adalah berkenaan dengan komunikasi yang mempunyai seni di mana telah ia adalah penting dalam kehidupan sejak dahulu kala lagi. Komunikasi memberikan kita interaksi sosial di antara masyarakat dan seterusnya dapat merapatkan hubungan masyarakat dengan lebih erat.
Artikel ini juga memberikan perbezaan maksud atau takrifan adalah wujud kerana konteks yang berbeza dalam setiap orang. Komunikasi membawa maksud yang berbeza kepada masyarakat namun secara keseluruhannya ianya adalah proses menyampaikan sesuatu maklumat terhadap orang lain.
Pemprosesan dalam menyampaikan maklumat adalah sabgat penting agar seorang individu tersebut memahami suatu perkara yang diperkatakan untuk mengelakkan segala kekeliruan.
Di sini, ia membawa maksud bahawa seorang penyampai seharusnya lebih profesional dalam menyampaikan mesej kepada orang lain agar tiada perkara yang negatif yang berlaku disebabkan kesalahfahaman yang berlaku.

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) Falsafah komunikasi adalah bagaimana kita menyampaikan sesuatu maklumat dan mesej kepada orang lain secara berkesan dan menerima mesej serta ilmu tersebut berdasarkan apa yang difikirkan mengenai mesej yang ingin disampaikan. Falsafah komunikasi merupakan bidang yang paling penting untuk di fahami kerana ia akan dapat membantu untuk merungkai berbagai masalah terutamanya dalam bidang komunikasi. Falsafah komunikasi juga merupakan suatu displin ilmu yang merangkumi teori, metodologi, analitikal, kritikal dan holistik secara umumnya. Falsafah komunikasi perlu di fahami dengan lebih mendalam untuk membentuk pemahaman yang lebih jelas terhadap mesej dan maklumat yang ingin di sampaikan kepada pendengar. Melalui falsafah komunikasi kita akan dapat mempelajari bidang komunikasi dari sudut yang lebih meluas. Selain itu, falsafah komunikasi juga akan mengajar kita untuk berfikir dengan lebih sistematik yang boleh membentuk diri kita untuk berfikir berdasarkan logik akal dan mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dibincangkan.
Satria Bin Salim (2018)
Falsafah komunikasi adalah, bagaimana komunikasi yang betul agar maklumat yang disampaikan itu adalah berkesan. Kemahiran komunikasi itu adalah penting disetiap manusia tidak kira berbual dengan rakan dan keluarga atau semasa menyampaikan maklumat kepada orang awam. Komunikasi yang baik adalah, memberikan maklumat yang jelas berdasarkan dengan objektif yang perlu disampaikan. Penggunaan kosa kata dan nada suara yang baik. Dimana dalam hal ini, memastikan penggunaan kosa kata tidak berputar belit disebalik maksud yang ingin disampaikan. Nada suara adalah, menggunakan kekuatan suara berdasarkan situasi yang tertentu agar pendengar selesa untuk menerima maklumat yang ingin disampaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan