Khamis, 27 Disember 2018

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3)
CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Komunikasi merupakan satu proses penyampaian yang dilakukan dari individu atau kumpulan ke individu atau kumpulan yang lain dimana dalam konteks komunikasi ini menjurus kepada perkara untuk memberitahu, mengemukakan pendapat dan mengubah tingkah laku individu berkenanan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung ( Lydia harlina martono & satya joewana 2008). Hal ini kerana, komunikasi sangat penting  dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, komunikasi juga dapat dikaitkan dengan falsafah komunikasi dengan pertuturan kata yang bijaksana  yang berupaya untuk mengambarkan komunikasi itu sendiri.

 Menurut Fletcher (1966), menyatakan bahawa etika adalah salah satu daripada falsafah membantu untuk membentuk dan menentukan ciri-ciri perlakuan yang betul dan bidang amalan yang dipilih adalah perhubungan  awam.  Oleh hal yang demikian, perhubungan awam ditakrfikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan dan dirancang iaitu sesebuah organsasi akan mencari jalan untuk mendapatkan dan mengelakkan persefahaman, simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Pencorakkan etika dalam bidang perhubungan awam ini adalah dengan kemahiran professional dapat dilihat dari segi tahap dan potensi professionlisme yang tinggi dalam pelaksanaan tugas komunikasi secara berterusan, serta mempunyai tahap ilmu dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

Tambahan lagi,  penampilan imej menjadi salah satu daripada cara untuk mencorakkan komunikasi itu sendiri, dimana dengan menjaga keterampilan imej dan sahsiah rupa diri sebagai penantara atau juru cakap yang lebih beretika. Corak yang ketiga, yang diguna pakai dalam bidang perhubungan awam ini dengan displin yang tinggi  dalam menjalankan tugas supaya profesion perhubungan sentiasa mendapat perhatian dan sajungan kumpulan sasaran.

Jelaslah disini bahawa corak komunikasi dalam bidang amalan yang dipilih iaitu perhubungan awam sangat penting bagi mengambarkan etika komunikasi perhubungan awam itu sendiri. Oleh itu, perhubungan awam harus menitik beratkan etika komunikasi ini dalam pekerjaan mereka.

KEBERBALOIAN BERTEGAS PADA KEBENARAN DALAM MELAPORKAN BERITA DAN MENGHASILKAN IKLAN


Mohamad Azad (2018)
Dalam dunia kewartawan dan juga perhubungan awam sering diperkatakan tentang kebenaran dan keadilan yang sering diungkapkan dalam penghasilan berita dan iklan. Namun, sejauhmanakah kebenaran yang ditonjolkan kedalam dua perkara tersebut. 

Menjawab kepada persoalan yang dinyatakan, 
Ya, kebenaran sudah tentu diperlukan untuk menghasilkan sesebuah berita dan iklan. Hal ini kerana ketegasan dalam mencipta sebuah berita adalah sangat penting. Berita merupakan maklumat yang akan diterima oleh masyarakat umum. Menurut Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) menegaskan bahawa sebarang laporan yang palsu atau kurang tepat, penyebaran maklumat yang tidak benar yang mana boleh mengganggu serta menggugat keamanan dan kestabilan negara merangkumi aspek ekonomi dan keselamatan nasional akan diambil tindakan tegas. Di sini kita sudah dapat melihat betapa harusnya kebenaran dalam penghasilan sesebuah berita tersebut.   

Para wartawan yang menghasilkan berita perlu telus dalam menghasilkan berita, Wartawan umpama penghubung kepada masyarakat untuk mengetahui kebenaran tentang dunia luar melalui penyebaran berita. Jika berita yang dihasilkan mempunyai maklumat palsu, maka masyarakat juga akan menerima maklumat palsu. 


Berbaloikah? Ya, sudah pasti berbaloi apabila berita yang menekan kebenaran dilaporkan kerana tiada hasil penipuan akan berlaku dalam era ini. Pelaporan-pelaporan berita yang bersikap telus akan membuatkan industri kewartawan di percayai oleh masyarakat umum. 


        Secara kesimpulannya, kebenaran adalah amat penting dalam menyampaikan sebarang berita agar masyarakat akan mendapat berita dan maklumat yang tepat dan sahih. Walaubagaimanapun, pelaporan berita juga harus mengikut kod etika kewartawan supaya ia tidak akan menyentuh mana-mana sentiviti kaum di Negara tersebut. Etika Kewartawanan Malaysia pada umumnya, menerangkan hubungan wartawan dengan masyarakat persekitarannya, peranannya mengekalkan keamanan kestabilan negara dan imej wartawan yang berwibawa, berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap negara dan masyarakat.

Prinsip Rukun Negara, teras dan garis panduan hidup masyarakat Malaysia, diutamakan dalam Etika Kewartawanan Malaysia kerana masalah perkauman, ketaksuban agama, kestabilan dan keselamatan negara. Usaha mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia juga dihuraikan secara terperinci dalam prinsip Rukun Negara.

Kaum wartawan Malaysia yang menerima Etika Kewartawanan Malaysia bererti bersetuju menghormati prinsip-prinsip terkandung dalam Rukun Negara:

i) Kepercayaan kepada Tuhan
ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
iii) Keluhuran Perlembagaan,
iv) Kedaulatan Undang-Undang, dan
v) Kesopanan dan Kesusilaan.

Kecuaian untuk menghormati prinsip-prinsip tersebut menampakkan sikap tidak atau kurang bertanggungjawab ketika menjalankan profesionnya dan keadaan ini boleh menjejaskannilai moral dan akhlak seseorang wartawan.




Iklan pula, iklan pada awalnya ialah memberikan maklumat kepada masyakarat berkaitan dengan apa-apa yang ingin diiklankan. Namun pada masa kini, iklan dianggap satu perkara yang bisa menghasilkan mata pencarian. Tidak semua iklan mempunyai kebenaran. Namun begitu, ketegasan dalam kebenaran dalam iklan harus dipraktikan. 

Berdasarkan falsafah dari agama Konfusiusme, mereka akan menegakkan kebenaran walaupun dalam bidang periklanan. 



Berdasarkan nilai Yi ini, keadilan dan kebenaran adalah satu teras utama kepada kebajikan manusia.

Jika dilihat dalam konteks komunikasi periklanan, sesebuah iklan yang dihasilkan perlulah mengandungi maklumat atau informasi yang benar dan tepat.

Sebagai pengamal media, individu perlu memaparkan maklumat yang benar ketika menghasilkan iklan untuk tontonan khlayak.

Iklan merupakan bayangan awal kepada khalayak mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Oleh itu, iklan yang disampaikan bukan sahaja perlu menarik perhatian tetapi informasi yang dipaparkan adalah benar dan tepat.




Selasa, 25 Disember 2018

Lecture 3—Philosophy of Communication with Dr. Greg Kielmeyer



Mohamad Azad Hafiz (2018)
Hasil daripada menonton video tersebut, saya dapat melihat dimana komunikasi berasal daripada Tuhan. Sama seperti yang diperkatakan oleh Dr Greg Kielmeyer iaitu komunikasi berasal daripada Tuhan. Apa yang dihujahkan adalah tentang Nabi Adam merupakan lelaki pertama yang diturunkan ke bumi dan tidak tahu berkomunikasi kerana tidak ada sesiapa yang mengajarnya. Namun begitu, pemberian mikjizat daripada Allah, Nabi Adam mampu berkomunikasi dengan baik walaupun belum ada Bahasa yang wujud pada masa itu.

Pada masa yang sama, video ini juga menerangkan bahawa manusia harus menggunakan ilmu yang dimiliki dengan baik dan bermanfaat kepada orang lain tanpa mengira pangkat semua lapisan masyarakat. Dalam video ini juga terdapat satu maksud yang tersurat dimana ia mengajar manusia untuk menggunakan ilmu komunikasi dengan betul.

Menurut Nazirah Lamjad (2018), apa yang dapat saya simpulkan daripada video di atas adalah, wujudnya komunikasi sejak awal lagi iaitu semasa Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi. Menurut Harrub, Thompson dan Miller, Nabi Adam adalah merupakan manusia yang pertama mempelajaribahasa dan melalui bahasa inilah Adam berkomunikasi dengan Tuhan sehinggalah diciptakan Hawa sebagai teman berkomunikasi Adam ketika itu. Oleh itu, melalui video ini saya dapat lihat bahawa ia memberi pengajaran kepada kita di mana pentingnya berkomunikasi dengan baik dan memanfaatkan ilmu yang di pelajari dengan sebaik-baiknya.

Erwan Percy (2018)

Berdasarkan pemahaman saya melalui video di atas asal usul komunikasi dikatakan wujud dari Tuhan Maha Pencipta. Lelaki pertama yang diturunkan adalah Adam tanpa mengetahui sebarang Bahasa dan tidak boleh berkomunikasi. Namun begitu, atas keizinanNya, Adam boleh berkomunikasi untuk memudahkan berhubung dengan yang lain.

Selain itu, video ini juga menjelaskan bahawa manusia seharusnya menggunakan ilmu yang ada dengan baik da bermanfaat kepada yang lainnya. Penggunaan Bahasa perlulah sesuai untuk memudahkan berkomunikasi dengan yang lain. Hal ini demikian, penting untuk memahami mesej yang disampaikan dengan lebih mudah. Oleh itu, Bahasa yang sesuai dapat menyampaikan mesej yang jelas dan dapat berkongsi pendapat dari pelbagai pihak yang boleh menghasilkan idea yang lebih baik.

MOHD DANIAL BIN DANI (2018)

MOHD DANIAL BIN DANI (BA16160921) Berdasarkan daripada video tersebut, komunikasi adalah berasal daripada Tuhan di mana ini di jelaskan oleh Dr Greg Kielmeyer sendiri. Dalam kandungan video tersebut Nabi Adam a.s adalah merupakan lelaki pertama yang diturunkan ke bumi dan pada mulanya Nabi Adam a.s tidak tahu berkomunikasi dengan betul kerana tidak ada sesiapun pada masa itu mengajarnya. Namun dengan kuasa tuhan akhirnya Nabi Adam a.s dapat berkomunikasi dengan mudah dan lancar. Ini menunjukkan segalanya adalah datang daripada tuhan termasuk bagaimana kita hendak berkomunikasi bersama manusia yang lain. Kandungan yang tersirat dalam video ini menerangkan bahawa manusia harus menggunakan ilmu yang dimiliki dengan sebaiknya dan menggunakannya ke jalan yang betul untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain. Selain itu, ilmu dalam komunikasi juga perlu lah di gunakan dengan sebaiknya agar setiap maklumat dan mesej yang di sampaikan dapat di fahami dengan mudah oleh pendengar dan juga masyarakat yang lain.

RABIATUL ADAWIAH BINTI RAMLEE (2018)

Berdasarkan video yg ditayangkan, ia membawa maksud bahawa komunikasi pada awalnya berlaku ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi. Mengikut tradisi kristian daripada Harrub, Thompson dan Miller menyatakan bahawa hidupan pertama yang memulakan komunikasinya dengan bahasa adalah Nabi Adam A.S dan Adam A.S telah mempelajari bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi tersebut daripada Tuhan dan berkomunikasi antara satu sama lain. lalu diciptakan Hawa merupakan temannya berkomunikasi.

VERONE SUE MANGUN (2018) 

Dapat saya simpulkan dari menonton video tersebut, komunikasi wujud sejak awal lagi iaitu semasa Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi. Apa yang telah diperkatakan dalam video ini ialah tentang Nabi Adam merupakan lelaki pertama yang diturunkana ke bumi tanpa mengetahui cara untuk berkomunikasi. Tetapi, dengan kuasa Allah, Nabi Adam mampu untuk berkomunikasi untuk memudahkan beliau berhubung dengan yang lain. Video ini juga menekankan bahawa manusia perlu memanfaatkan ilmu yang ada dengan baik. Jelaslah video ini memberi pengajaran kepada saya pentingnya untuk memanfaatkan komunikasi dan mempelajari ilmu dengan sebaik mungkin.

Satria bin salim (2018)

Melalui video ini, komunikasi wujud sejak awal lagi semasa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi lagi. Apa yang disampaikan melalui video ini adalah, Nabi Adam merupakan lelaki pertama yang diturunkan ke bumi ini tanpa mengetahui cara untuk berkomunikasi. Namun, dengan kekuasaan ilahi Nabi Adam mampu untuk berkomunikasi dengan cara yang baik dengan pendengar. Video ini menyampaikan bahawasanya manusia yang ada dimuka bumi ini perlu menambahkan ilmu komunikasi yang baik agar setiap penyampaian maklumat itu berkesan tanpa ada gangguan apa-apa. Seperti, penggunaan ayat yang sukar difahami dan suara yang tidak jelas. Jelas video ini menyatakan, ilmu komunikasi itu wajib ada pada diri setiap insan yang ada didunia ini tanpa mengira dengan umur, pangkat dan sebagainya.

Goampre Bayoh (2018)

Berdasarkan video, menjelaskan bahawa komunikasi datang dari Tuhan apabila mencipta  Adam. Adam tidak belajar bahasa komunikasi dengan Tuhan. Orang percaya bahawa kuasa Tuhan menyebabkan wujudnya komunikasi. Sebapnya ialah manusia memerlukan komunikasi untuk berinteraksi dengan sesama.

Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (BA16160902)  

Komunikasi pertama yang pernah terjadi di bumi adalah antara Tuhan dan Adam. Adam, yang merupakan manusia pertama di bumi yang dicipta oleh Tuhan. Adam mempunyai kebolehan komunikasi dengan tuhan. Tuhan membiarkan kita berkomunikasi dengan satu sama lain. Komunikasi berperanan penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa komunikasi, orang tidak tahu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain. kita perlu berkomunikasi dengan cara yang betul untuk mengelakkan sebarang salah faham dan kesilapan. Oleh itu, kita harus bersyukur kepada Tuhan atas rahmatNya.


Sense of the article (CALUNIV.AC.IN)

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), artikel ini menyatakan bahawa komunikasi yang baik memberikan suatu konotosi berbeza terhadap individu yang berbeza dalam konteks yang berbeza. 

Artikel ini adalah berkrnaan dengan komunikasi yang mempunyai seni di mana telah ia adalah penting dalam kehidupan sejak dahulu kala lagi. Komunikasi memberikan kita interaksi sosial di antara masyarakat dan seterusnya dapat merapatkan hubungan masyarakat dengan lebih erat.

Artikel ini juga memberikan perbezaan maksud atau takrifan adalah wujud kerana konteks yang berbeza dalam setiap orang. Komunikasi membawa maksud yang berbeza kepada masyarakat namun secara keseluruhannya ianya adalah proses menyampaikan sesuatu maklumat terhadap orang lain.

Pemprosesan dalam menyampaikan maklumat adalah sabgat penting agar seorang individu tersebut memahami suatu perkara yang diperkatakan untuk mengelakkan segala kekeliruan.

Di sini, ia membawa maksud bahawa seorang penyampai seharusnya lebih profesional dalam menyampaikan mesej kepada orang lain agar tiada perkara yang negatif yang berlaku disebabkan kesalahfahaman yang berlaku.



Menurut Erwan Percy (2018), berdasarkan artikel ini dapat saya simpulkan bahawa komunikasi yang baik adalah komunikasi yang mempunyai konotasi yang berbeza kepada orang yang berbeza dalam konteks yang berbeza. Hal ini kerana, melalui komunikasi dapat mewujudkan masyarakat yang dapat berinteraksi untuk merapakkan hubungan sesame sendiri. Oleh itu, penyampaian maklumat adalah penting untuk mengelakkan sebarang kesalahfahaman berlaku. Komunikasi yang baik akan memastikan mesej yang disampaikan dapat diterima dengan baik oleh penerima mesej tersebut. Oleh hal yang demikian, penyampai mesej perlu menggambil kira tentang halangan yang boleh menggangu maksud mesej yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, penggunaan tatabahasa, antonasi, nada suara dan persekitaran merupakan perkara yang perlu di ambil kira untuk memastikan mesej tersebut sampai dengan baik.


Menurut Mohamad Azad(2018) pula, artikel ini, ia menyatakan tentang keunikan komunikasi yang baik adalah mempunyai konotasi yang berbeza untuk individu yang berlainan dalam konteks yang berbeza. Seni komunikasi yang berjaya telah menjadi barisan kehebatan intelektual manusia. Inti setiap kaedah komunikasi mungkin sifat utilitariannya - dengan kata lain, komunikasi sekurang-kurangnya bermaksud melayani nilai tujuan yang ketat.

Dalam konteks ini, bacaan Natyasastra menganggap risalah karya tentang 'kenapa dan bagaimana' prestasi dramatik, ia adalah mengenai seni dan skop komunikasi awam. Natyasastra adalah orang tertua yang masih hidup di Dramaturgy India dan secara tradisinya berasal dari Bharata bijaksana, walaupun karya asalnya mengatakan dalam bab pertama bahawa ia disusun oleh Tuhan Brahma untuk dewa-dewa langit yang diperintah oleh Indra.

Walau bagaimanapun, komunikasi tidak dapat memindahkan semua nuansa dengan keinginan yang diinginkan dalam semua keadaan. Natyasastra Bharata adalah risalah mengenai komunikasi yang mengekalkan perkaitan kontemporari sejak seni berkomunikasi dengan sasaran yang heterogen adalah seperti banyak cabaran dalam teori komunikasi hari ini seperti ketika zaman klasik drama Sansekerta.


Menurut Nazirah Lamjad (2018), artikel yang Bertajuk Philosophizing Communication, bacaan oleh Natyasastra iaitu orang tertua yang masih hidup di Dramaturgy India dan secara tradisinya berasal dari Bharata bijaksana. Artikel ini ada menyentuh berkenaan seni komunikasi yang berjaya telah berada di barisan hadapan dalam usaha intelektual manusia sejak sejarah sastera kita. Ia juga ada menyentuh berkaitan komunikasi iaitu merupakan rangkaian maya perpaduan yang meletakkan seseorang individu dalam perhubungan yang bermakna antara satu sama lain. Selain itu, artikel ini juga menulis tentang tatabahasa komunikasi yang mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan dengan pemahaman kita tentang komunikasi hari ini sekaligus membuktikan bahawa keadaannya adalah amat kontemporari dalam skop dan keluasan wawasan apabila kita melihatnya dalam konteks perhubungan antara teater dan komunikasi.Artikel ini juga ada menyatakan bahawa komunikasi 'baik' mempunyai konotasi yang berbeza kepada orang yang berbeza dalam konteks yang berbeza. Selalunya, pengertian komunikasi 'baik' boleh berbeza-beza dalam konteks yang sama melibatkan orang yang berbeza. Iaitu sama ada komunikasi ini sebagai aliran maklumat daripada seorang individu kepada individu yang lain ataupun ia melibatkan proses di mana orang secara interaktif mencipta dan mengekalkan serta meluahkan perasaan melalui komunikasi.

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) berdasarkan kepada artikel tersebut, komunikasi yang baik mampu untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan mudah dan lancar tanpa adanya gangguan terhadap mesej yang ingin di sampaikan. Artikel tersebut juga menyatakan komunikasi yang baik adalah komunikasi yang mempunyaj konotasi yang berbeza kepada individu yang berbeza. Menurut Charles R Berger dan Richard J. Calabrese, komunikasi adalah merupakan perbuatan yang bertujuan untuk mengurangkan kemusykilan atau ketiadakpastian hubungan, baik dari segi peribadi dan masyarakat. Artikel ini menyatakan takrifan komunikasi adalah berbeza bagi setiap orang dan memahaminya dari konteks yang berbeza. Ia bergantung kepada penerimaan yang diperolehi hasil daripada maklumat yang di tafsirkan. Pada pendapat saya, penyampaian maklumat yang jelas dan terperinci akan membantu untuk memastikan mesej yang di sampaikan dapat difahami sepenuhnya oleh penerima dan mampu untuk memproses mesej tersebut dengan lebih mudah. Kegagalan dalam menyampaikan mesej akan mengubah maksud daripada mesej tersebut dan juga menyebabkan penerima sukar untuk memahami kandungan mesej yang di sampaikan. Ini akan menyebabkan berlakunya salah faham antara penghantar mesej dan penerima mesej. Oleh itu, komunikator perlu mengambil tahu cara berkomunikasi yang lebih berkesan bagi memastikan mesej yang di sampaikan dapat di fahami oleh penerima. Komunikator juga perlu menggunakan medium yang sesuai untuk menyampaikan mesej dan memastikan mesej yang di hantar tidak mengalami gangguan semasa mesej di sampaikan kepada penerima.

Menurut Verone Sue Mangun (2018) Daripada artikel yang diberikan, ia menunjukkan bahawa komunikasi yang baik mempunyai konotasi yang berbeza untuk orang yang berlainan dalam konteks yang berbeza. Seni komunikasi yang berjaya telah menjadi barisan kehebatan intelektual manusia. Inti setiap kaedah komunikasi mungkin sifat utilitariannya - dengan kata lain, komunikasi sekurang-kurangnya bermaksud melayani nilai tujuan yang ketat. Kerana kita percaya pada masyarakat manusia adalah agregat individu, ada hubungan rapat dan bermakna antara satu sama lain, jadi komunikasi adalah rantai maya yang bersatu, individu untuk mengekalkan hubungan yang bermakna antara satu sama lain. Ini menjelaskan mengapa ahli teori telah berusaha untuk terus menyesuaikan seni komunikasi, untuk menjadikannya berkesan dalam konteks hubungan.

Satria Bin Salim (2018)

Artikel ini dapat dirumuskan bahawa komunikasi yang baik adalah pendengar dapat menerima dengan baik apa yang disampaikan oleh komunikator tersebut kepada mereka. Komunikasi yang berjaya apabila pendengar itu memberikan reaksi dan maklum balas kepada komunikator itu tidak kira dengan maklum balas yang positif atau negatif. Setiap manusia mempunyai gaya komunikasi yang berbeza dalam memberikan maklumat kepada pendengar. Maksudnya adalah, daripada komunikasilah hubungan antara manusia itu terjalin dan bersatu. Pelbagai pandangan daripada ahli teori yang menyatakan kemahiran dan keberkesanan komunikasi itu adalah penting disetiap manusia semasa menyampaikan sesuatu maklumat.


Goampre Bayoh (2018) Artikel menjelaskan bahawa komunikasi yang baik adalah mempunyai konotasi yang berbeza sesuai dengan orang dan konteks yang juga berbeza. konotasi merupakan kata yang yang mempunyai maksud tersendiri atau kata kias. konotasi biasanya digunakan untuk mencantikkan satu ungkapan sama ada yang berunsur positif atau negatif. Sebagai contoh, iatilah 'anak emas' yang mengambarkan individu yang menjadi pilihan. Seni bahasa ini penting agar komunikasi interpersonal menjadi lebih berkesan.  

Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (2018) Melalui artikel itu, komunikasi adalah rantaian perpaduan maya yang memelihara satu individu dalam hubungan yang bermakna dengan yang lain. Ini menjelaskan mengapa perlu terus menyesuaikan seni komunikasi secara berterusan, kerana ia menjadikannya berkesan dalam konteks hubungan interpersonal. Natyasastra Bharata adalah risalah mengenai komunikasi yang mengekalkan kaitan kontemporer sejak seni berkomunikasi dengan sasaran yang heterogen. Dengan menggunakan perspektif ini kepada risalah dramatik Sanskrit purba, ia berpendapat bahawa tatabahasa Dramaturgy yang dinyatakan dalam risalah adalah berkesan, dan tatabahasa komunikasi mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan dengan pemahaman kita mengenai komunikasi hari ini.

Pemikiran Tentang Falsafah Daripada Mahasiswa

Falsafah (wisdom=kebijaksanaan) boleh ditemui (ye ke?) dengan,
1. Ikut otak semata-mata
2. Ikut hati semata-mata
3. Ikut nafsu semata-mata
4. Ikut 1, 2, dan 3 mengikut kadar-kadar yg munasabah
5. Ikut "agama" dengan melulu (tidak memahami maqasid)
6. Ikut ajaran mereka yg mungkin juga keliru
Apa pilihan kita? Apa kekusutan besar yg mesti dirungkaikan?

Perkataan falsafah berasal daripada perkataan bahasa yunani iaitu philien dan sophia. philien bermaksud cinta,kaji atau hargai. Manakala sophia bermaksud hikmah,kebijaksanaan atau kebenaran.Gabungan dua perkataan ibu membentuk maksud falsafah iaitu mencintai kebenaran dan hikmah.

Tambahan lagi,ada yang berpendapat bahawa falsafah dari perkataan philos bererti cinta dan sophia bererti pengetahuan.kombinasi dua perkataan tersebut menjadi philosophes bermaksud cinta kepada ilmu pengetahuan

Menurut Erwan Percy(2018) ,falsafah mengikut otak semata-mata ialah falsafah daripada hasil kita berfikir akal fikiran kita sendiri dengan melihat apa yang berlaku di persekitaran dan kehidupan kita. Namun sekiranya falsafah itu mengikut hati dan nafsu,falsafah sedemikian haruslah difikirkan dengan betul dan bersesuaian dengan situasi tertentu.   

Menurut Nazirah Lamjad (2018), falsafah itu menunjukkan bagaimana kita berfikir tentang sesuatu perkara di mana ia melibatkan pemikiran secara kritis. Dari erti kata lain, falsafah bergantung kepada cara kita berfikir. Kebijaksanaan manusia dapat ditemui dari pelbagai cara namun ianya bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana untuk berfikir dengan bijak menggunakan akal demi mencari sesuatu kebenaran.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee  (2018), falsafah dapat ditemukan menggunakan akal fikiran juga ilmu pengetahuan kita. Untuk mencari suatu kebenaran, seorang individu akan berfikir dengan begitu mendalam berkenaan dengan sebuah persoalan dalam mencari sebuah jawapan. Bagi saya pada ketika itu, individu tersebut ada sedang berfalsafah. Penggunaan akal dan ilmu akan memberikan seorang individu tersebut dengan sebuah kebenaran yang ingin dicari dgn bijaksana.

Menurut Azad (2018), Falsafah. Apa yang dikatakan dengan falsafah itu bagi saya adalah satu pemikiran yang telah diterapkan daripada dahulu lagi tujuannya adalah untuk mencari kebenaran yang umum dan berasas. 


Jika Falsafah dikatakan mengikut otak semata-mata ia akan jadisatu pemikiran yang hanya memikirkan perkara yang logik sahaja yang boleh difikirkan dengan otak manusia.



Jika hati dan nafsu, kemungkinan apa yang dapat difikirkan adalah satu kebenaran yang benar-benar untuk dicapai namun boleh jadi ia tidak logik kerana apa yang diikutkan melalui hati dan nafsu tidak semua akan menjadi satu kebenaran yang dapat dilihat.

Jadi pada saya, Falsafah ini satu pemikiran manusia yang akan menjaga kebenaran yang dipegang dan diletakkan dalam diri sendiri. Namun , konsep-konsep 1-5 itu akan mempengaruh kegoyahan pegagangan falsafah tersebut. (Boleh Tengok Komen awal sahabat komunikasi diatas) (tidak mahu ulang yang sama)😎😎 

Bagi saya, orang yang berpegang kepada falsafah adalah orang berani mengangkat kebenaran yang jelas kelihatan di hadapan matanya sendiri.


Berbeza dengan orang yang tidak berpegang pada falsafah yang hanya mengikut semua perkara walaupun ianya salah. Ia juga boleh dikatakan seperti lalang dan orang seperti ini yang mempunyai masalah dalam memegang pendirian falsafah dia. Dengan itu dalam dirinya bukanah falsafah namun 'falsampah'.


Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) falsafah boleh di perolehi dari pelbagai cara yang dapat memberikan pengetahuan yang berguna serta mempunyai kebenaran yang sahih berdasarkan persoalan yang ingin di ketahui. Falsafah adalah merupa
kan satu bidang pemikiran yang terdapat pada setiap diri manusia, di mana tujuannya adalah untuk mencari kebenaran tentang sesuatu perkara bagi mendapatkan jawapan yang boleh di jadikan sebagai hujah kepada sesuatu masalah dan juga isu yang timbul. Dengan itu, falsafah boleh di perolehi daripada akal fikiran, melalui ilmu yang di perolehi dalam sesuatu bidang, melalui pengalaman, melalui kefahaman dalam sesuatu perkara, melalui agama dan banyak lagi yang boleh membina dan mentakrifkan maksud falsafah berdasarkan pemahaman kita sendiri. Setiap manusia mempunyai caranya yang tersendiri untuk mencari kebenaran dalam sesuatu perkara dan juga mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengikut kefahaman yang mereka perolehi.



Menurut Verone Sue Mangun (2018) Definisi falsafah menurut Plato ialah pengetahuan tentang segala yang ada. Menurut Aristotle pula adalah menyelidiki sebab dan asas segala benda. Manakala bagi Al-Farabi falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam maujud dan akhir sekali menurut Sidi Gazalba, falsafah boleh ditafsirkan sebagai berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan universal dalam rangka mencari kebenaran. Pada pendapat saya, falsafah adalah berdasarkan pada 1, 2, 3 dengan rasionalitas. Oleh kerana setiap orang mempunyai minda yang berbeza. Ia bergantung kepada jumlah rasional yang mereka anggap mengenai perkara tertentu dengan memberikan pemikiran yang mendalam tentangnya. Tetapi seiring dengan waktunya yang berlalu, semua orang akan mempunyai pemikiran yang berbeza mengenai perkara-perkara tertentu sehingga selalu ada banyak pertanyaan yang timbul yang mencabar falsafah, dan juga perubahan persekitaran juga akan mengubah aspek dan kepercayaan yang berbeza terhadap hal-hal tertentu.

Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (2018)  Falsafah ialah pandangan orang lama-lama yang melalui revolusi. Mencari kebenaran adalah satu aktiviti penting yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan adalah diperlukan dalam mencipta sesuatu falsafah. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha mencari kebenaran. Namun, ia hanya dapat dilakukan dengan beberapa pertimbangan iaitu seseorang itu perlulah memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan yang mantap. falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki

What is Philosophy for?

Menurut Mohamad Azad(2018), Dalam post ini, saya secara ringkas akan lakarkan takrif falsafah dan juga cawangan utamanya. Secara khusus, ia akan menangani soalan: Apakah Falsafah?
Falsafah, terutamanya falsafah Barat, berasal dari dua perkataan Philia Yunani, yang bermaksud "cinta" dan sophia, "kebijaksanaan". Oleh itu, secara etimologi bercakap, falsafah bermaksud cinta kepada kebijaksanaan.
Seperti yang diketahui umum, cinta dalam konteks ini difahami sebagai keinginan yang kuat untuk objek tertentu; manakala kebijaksanaan difahami sebagai permohonan yang betul pengetahuan. Oleh itu, falsafah sebagai cinta kebijaksanaan, sekurang-kurangnya dalam inikonteks, philosophycould merujuk kepada keinginan yang kuat bagi diri manusia mempunyai pengetahuan dan menggunakannya dengan betul. Ia bukan satu kebetulan, oleh itu, bahawa kebanyakan ahli-ahli falsafah di Dunia Purba, terutamanya di Greece, India, dan China adalah bijaksana atau orang bijaksana. Berfikir untuk contoh Socrates, Gautama Buddha, Confucius dan Lao Tzu.

Secara tradisinya, bagaimanapun, falsafah ditakrifkan sebagai sains yang mengkaji makhluk dalam sebab-sebab mereka muktamad, sebab, dan prinsip melalui bantuan akal manusia semata-mata. Dan apabila kita bercakap tentang "menjadi" atau "makhluk" dalam falsafah dalam konteks ini, kita maksudkan segala sesuatu yang wujud, bahan atau material. Contoh makhluk adalah "batu", "pokok", "orang", "kereta", udara, air; dan tanggapan "Allah", "jiwa", "semangat". Semua ini adalah makhluk, dan falsafah mengkaji sebab-sebab mereka muktamad, sebab, dan prinsip melalui bantuan akal semata-mata.
Dalam erti kata lain, falsafah mengambil berat dengan alasan dan prinsip-prinsip yang mencakupi segala-galanya yang wujud. Oleh itu, beberapa soalan asas dalam falsafah adalah:
·         Apakah asal-usul dunia, segala-galanya yang wujud?

·         Mengapa perkara-perkara ini wujud, dan bukannya tidak wujud sama sekali?
·         Adakah Allah? Jika ya, bagaimana kita boleh membenarkan kebaikan Tuhan dalam menghadapi jahat?
·         Apakah maksud dan tujuan hidup? Mengapa kita perlu menderita?
·         Jika ada yang mengalami kesakitan yang tidak tertanggung, seperti kanser, adakah dari segi moral hak untuk mengambil jalan keluar dengan euthanasia atau bunuh diri dibantu?
Ini hanya beberapa soalan-soalan yang falsafah cuba untuk menangani. Dan dengan berbuat demikian, falsafah menggunakan alasan sebagai alat, yang boleh dinyatakan dalam pelbagai bentuk, seperti keupayaan untuk mencerminkan, soalan, pemikiran satu petah, dan menganalisis fenomena atau peristiwa tertentu. Pendek kata, falsafah cuba untuk memahami perkara-perkara dengan cara yang kritis dan logik.
Adalah penting untuk ambil perhatian, bagaimanapun, bahawa ahli-ahli falsafah tidak bersetuju dengan definisi tunggal falsafah. Malah, ahli-ahli falsafah berbeza dalam memahami asas mereka falsafah. Sebagai contoh, Karl Jaspers, Jerman ahli falsafah kewujudan terkenal, memahami falsafah sebagai satu disiplin di mana soalan itu adalah lebih penting daripada jawapan kerana jawapan sendiri akan, seterusnya, menjadi soalan.
Menurut Erwan Percy (2018) Falsafah merujuk kepada cinta dan kebijaksanaan. Pada kebiasaanya orang-orang bijak adalah ahli falsafah.  Falsafah juga dapat melahirkan satu kemahiran yang spesifik dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, ahli falsafah dalam bidang komunikasi dan sebagainya. Selain itu, pemikiran manusia juga boleh meningkat secara krikital dan logik disebabkan oleh falsafah. Keadaan ini dapat dikaitkan dengan membantu manuasia menganalisis sesuatu konsep secara terperinci, dan teliti. Sebagai contoh, dapat falsafah dapat memeberikan pengertian yang sesuai menggikut keadan. Falsafah juga dapat membantu untuk menrungkai persoalan-persoalan yang timbul. Oleh itu, falsafah ini dapat membawa manusia kearah kehidupan yang lebih tinggi dan mulia.


Menurut Nazirah Lamjad (2018), Falsafah boleh ditakrifkan sebagai “cinta kepada kebijaksanaan”. 
Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), Falsafah mempunyai pelbagai maksud bagu setiap pemahaman individu yang mendalaminya. Apa yg sayan faham bahawa falsafah ini membawa maksud LOVE TO WISDOM. 
Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) Falsafah merupakan satu perkataan yang akan memberikan banyak maksud mengikut individu yang mendalami maksudnya berdasarkan kefahaman yang mereka perolehi. Falsafah bermaksud "cinta kepada kebijaksanaan" manakala dalam istilah dalam bahasa yunani "Filo" yang membawa maksud cinta dan "Sofia" yang bermaksud kebijaksanaan. Menurut ahli falsafah barat aristotle, falsafah membawa maksud suatu bidang ilmu yang mencari sebab-sebab tertentu terhadap sesuatu perkara atau pun suatu ilmu yang mencari kewujudan terhadap sesuatu perkara. Di sini dapat dikatakan falsafah adalah merupakan suatu usaha berfikir yang tiada penghujungnya dengan tujuan untuk mencari kebenaran dan jawapan terhadap sesuatu perkara yang ingin di ketahui atau di kaji. Falsafah boleh terbentuk berdasarkan pemikiran yang berteraskan pengetahuan, praktikal, pengalaman, dan lain-lain lagi yang dapat memberikan ilmu serta melahirkan pemikiran-pemikiran baru berdasarkan kehidupan yang di alami. Falsafah adalah untuk memberi makna kepada kehidupan manusia jika ianya di bentuk dengan sistematik dan tidak lari dari tujuan dan makna asal kehidupan. Melalui falsafah manusia akan dapat memahami tentang sesuatu perkara dari segi nilai dan membantu dalam memikirkan kesan yang di lakukan dalam sesuatu tindakan. Oleh itu dengan falsafah, kehidupan manusia akan menjadi lebih baik, berstruktur dan lebih bermatlamat.
Menurut Verone Sue Mangun (2018) Segala sesuatu yang ada di dunia ini mempunyai falsafah mengenainya. Falsafah berasal dari makna bahawa orang yang mempunyai falsafah dalam hidup mereka cenderung bermaksud mereka cuba hidup dan mati dengan baik. Orang-orang falsafah cenderung bertanya sama ada idea itu adalah logik dan mahu masyarakat berfikir secara mendalam mengenai sesuatu isu daripada hanya menganggapnya. Ini semua tentang bagaimana kita berfikir tentang sesuatu yang menggunakan minda kita. Socrates telah berkata bahawa mengetahui diri anda adalah cara terbaik mengetahui apa yang benar-benar bermakna falsafah.

Goampre Bayoh (2018) Falsafah merupakan usaha dalam mencari kebenaran yang merangkumi bagaimana seseorang berfikir dan bertindak berdasarkan kebenaran berkaitan sesebuah fenomena. Falsafah juga merupakan punca ilmu dimana akan melahirkan pemikiran-pemikiran baru berkaitan sebuah fenomena. Pada pendapat saya, falsafah sangat penting bukan sahaja dapat menerangkan suatu fenomena yang berlaku malah dapat membantu dalam menjawab semua persoalan berkaitan suatu permasalahan seterusnya dapat mengenalpasti tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik. 

Ag Muhammad Hassan Bin Ishak (BA16160902) Falsafah adalah kajian masalah umum dan asas, mengenai hal-hal seperti kewujudan, pengetahuan, nilai, alasan, logik dan bahasa. Ia adalah penyiasatan yang rasional tentang kebenaran dan prinsip. Falsafah adalah sesuatu bidang pengetahuan yang diwujudkan untuk mencipta pendangan-pandangan, mendorong kita untuk berfikir mengenainya untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, merobek pemikiran kita seluasnya serta melihat sendiri perbezaan keadaan dunia dahulu dan sekarang.

Ia juga merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan. Dalam konteks ini,ia juga merupakan cara bagaimana manusia berfikir menggunakan logik akal dan berfikir secara kritis. Dalam istilah Yunani, ia disebut sebagai Filo dan Sofia maka wujudnya Philosophy. Makna falsafah itu sudah kukuh terkandung dalam perkataannya. "Love of Wisdom". Selain itu, falsafah membangunkan kemahiran berfikir manusia secara spesifik dari sudut pengetahuan.

Dalam istilah yunani, ia disebut sebagai Filo dan juga Sofia. Makan dengan perkataan tersebut timbullah philosophy. Falsafah dapat dihasilkan melalui suatu pemikiran namun mempunyai unsur pengetahuan. Ia mempunyai fungsi kepada manusia selain daripada membuat manusia menjadi bijak. Ia adalah salah satu cara agar kebenaran dapat dicari untuk menjawab sebuah pertanyaan. 




Another series of "easy watch" videos on philosophy,

https://www.youtube.com/watch?v=1A_CAkYt3GY

Teruskan membincangkan tentang Falsafah.


Menurut Nazirah Lamjad (2018)Persoalan falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai isi dalam falsafah. Persoalan falsafah sentiasanya disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia memerlukan pemikiran yang bersungguh-sungguh.

Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselasaikan melalui kaedah pengamatan ataupun kaedah sains. Biasanya, persoalan falsafah akan melibatkan persoalan tentang konsep, idealogi, dan juga perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh persoalan falsafah seperti

“apakah itu kebenaran?”

“apakah itu pemikiran?”

“apakah ilmu pengetahuan?”
“apakah itu kehidupan?”
Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada soalan yang baik, ataupun soalan yang mempunyai nilai kefalsafahannya. Ini adalah kerana soalan yang baik menjanjikan jawapan yang baik. Contohnya, soalan epistemologi yang ditanyakan pada zaman dulu-dulu seperti "apakah kebenaran?, apakah ilmu pengetahuan?" sebenarnya telah memajukan sains dan teknologi manusia.


Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah.

Menurut Rabiatul Adawiah Ramlee (2018), falsafah adalah tunjang untuk mencipta suatu keputusan. Falsafah tujuannya untuk mencari kebenaran melalui kajian yang dijalankan secara pemikiran kritikal melalui persoalan yang timbul. Falsafah tidak memandang apa yang orang lain fikir tentang pendapat kita, tetapi tentang pemahaman kita tentang dengan sesebuah perkara dan kaedah untuk mencari kebenaran terhadap sesebuah tanda tanya yang bermain difikiran. Salah satu cabang falsafah yang paling disukai adalah Metafizik. Ia mengkaji sifat realiti. Ia mengkaji asas dunia, manusia dan alam semula jadi. Sebaliknya, kajian epistemologi mengenai sifat dan skop pengetahuan. Ia menjalankan soalan seperti 'apakah dunia benar-benar apa yang saya fikir?' atau 'Adakah terdapat laluan yang sains tidak dapat berjalan? Falsafah mempunyai 'pertanyaan' sendiri seperti 'Bagaimana jika saya salah?' atau 'Bagaimana saya tahu jika saya salah?' Pensyarah menyatakan bahawa soalan-soalan seperti ini akan sentiasa muncul dan tidak salah untuk berfikir begitu. Terdapat falsafah untuk membantu kita bingkai pemikiran kita dengan cara yang lebih jelas. Teori ini dikenali sebagai 'Teori Nilai'. Teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu etika dan estetika. Ia memberi tumpuan kepada apa yang betul dan apa yang cantik. Oleh kerana manusia sememangnya tertarik kepada kecantikan dan seni, beberapa jawapan mungkin tidak memerlukan soalan, melainkan ia bergantung kepada kebenaran objektif. Oleh itu, ini dikenali sebagai logik kerana ia lebih kepada pemikiran subjek

Menurut Mohd Danial Bin Dani (2018) falsafah adalah merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji untuk mencari kebenaran yang sahih berdasarkan kepada isu atau masalah yang ingin dirungkai menggunakan akal fikiran sendiri demi untuk mencari penyelesaian terhadap isu dan masalah yang timbul. Melalui falsafah ianya akan dapat membantu manusia untuk merungkai pelbagai masalah yang di hadapi oleh masyarakat pada masa kini serta membantu untuk membina pemikiran manusia ke arah pemikiran yang lebih terbuka dan meluas berdasarkan kepada persoalan yang ingin di kaji. Selain itu, falsafah juga akan membantu manusia untuk berfikir dengan lebih tepat dan sahih berdasarkan persoalan yang ingin di kaji bagi mendapatkan jawapan untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul. Kesimpulannya, falsafah adalah sangat penting untuk di cipta dan di bina kerana ianya akan dapat membantu manusia untuk mencari kebenaran terhadap sesuatu perkara yang ingin di kaji.


Menurut Verone Sue Mangun (2018) Falsafah tidak memandang apa yang orang lain fikir tentang pendapat kita, tetapi tentang pemahaman kita tentang sesebuah perkara dan kaedah untuk mencari kebenaran terhadap sesebuah tanda tanya yang bermain difikiran. Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderung kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan mempunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah. Salah satu cabang falsafah yang paling disukai adalah Metafizik. Ia mengkaji sifat realiti. Ia mengkaji asas dunia, manusia dan alam semula jadi. Sebaliknya, kajian epistemologi mengenai sifat dan skop pengetahuan. Ia menjalankan soalan seperti 'apakah dunia benar-benar apa yang saya fikir?' atau 'Adakah terdapat laluan yang sains tidak dapat berjalan? Falsafah mempunyai 'pertanyaan' sendiri seperti 'Bagaimana jika saya salah?' atau 'Bagaimana saya tahu jika saya salah?' Terdapat falsafah untuk membantu kita bingkai pemikiran kita dengan cara yang lebih jelas. Teori ini dikenali sebagai 'Teori Nilai'. Teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu etika dan estetika. Ia memberi tumpuan kepada apa yang betul dan apa yang cantik. Oleh kerana manusia sememangnya tertarik kepada kecantikan dan seni, beberapa jawapan mungkin tidak memerlukan soalan, melainkan ia bergantung kepada kebenaran objektif. Oleh itu, ini dikenali sebagai logik kerana ia lebih kepada pemikiran subjek.

CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI.

Erwan Percy, Ulangkaji (BAB 3) CARA MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM MANA-MANA BIDANG AMALAN KOMUNIKASI. Komunikasi merupa...